MUMBAI: Kapal angkasa Chandrayaan-3 (CY3) selamat mendarat di permukaan kutub selatan bulan kira-kira jam 8.34 malam (waktu Malaysia) pada Rabu.
Kapal angkasa India itu membuat percubaan kedua mendarat di bulan sekali gus menyaksikan misi terpenting bagi negara itu berjaya beberapa hari selepas kapal angkasa Rusia yang serupa terhempas.
Pendaratan kapal angkasa tanpa pemandu ini menjadi peristiwa bersejarah bagi India selepas Amerika Syarikat, Rusia dan China berjaya menyempurnakan misi mendarat di permukaan bulan.
Perdana Menteri India, Narendra Modi yang kini berada di Afrika Selatan bagi menghadiri persidangan BRICS, menonton pendaratan bersejarah itu dan menyampaikan ucapan menerusi penstriman video.
“Pada kesempatan yang menggembirakan ini, saya ingin menyampaikan ucapan kepada semua orang di dunia.
“Kejayaan ini adalah milik semua, dan ia akan membantu misi ke Bulan oleh negara lain pada masa hadapan,” katanya.
Difahamkan, semasa perjalanannya untuk mendarat di permukaan bulan, Chandrayaan-3 berjaya merakam visual yang menakjubkan.
Sementara itu, India bersaing dengan Rusia untuk mendaratkan kapal angkasa mereka di kutub selatan Bulan, wilayah yang disebut-sebut dipenuhi ais yang dikatakan boleh menjadi sebuah penempatan.
Pada 2019, percubaan pertama kapal angkasa India yang diberi nama Vikram terhempas di permukaan bulan tetapi tidak berkecai.
Agensi
Wed Aug 23 2023

Kapal angkasa Chandrayaan-3 (CY3) selamat mendarat di permukaan kutub selatan bulan kira-kira jam 8.34 malam (waktu Malaysia) pada Rabu. - Foto AP

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

PM India tiba di AS untuk perbincangan dengan Trump
Modi yang merupakan pemimpin asing keempat melawat Trump sejak beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden, turut dijadual bertemu usahawan teknologi Elon Musk.

Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.

Xi, Modi adakan pertemuan rasmi pertama dalam tempoh 5 tahun
Kedua-dua pemimpin bertemu dalam pertemuan rasmi pertama mereka dalam tempoh lima tahun di luar Sidang Kemuncak BRICS di Kazan, Rusia.

Malaysia gesa kesimpulan awal bagi semakan AITIGA - PM Anwar
Anwar menekankan keperluan untuk memupuk persekitaran perniagaan yang kondusif dan mengukuhkan perdagangan dan pelaburan dua hala.

Pemimpin Asia Selatan ucap tahniah kepada presiden baharu Sri Lanka
Pemimpin Asia Selatan mengucapkan tahniah kepada Anura Kumara Dissanayake atas pemilihannya sebagai presiden baharu Sri Lanka pada Ahad.

Modi seru hormati undang-undang maritim antarabangsa
Perdana Menteri India Narendra Modi pada Rabu menyeru agar perjanjian maritim antarabangsa - Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) - dihormati.

MoU baharu atasi masalah ketidaktelusan, eksploitasi pengambilan pekerja - Steven Sim
Steven Sim menjelaskan pemeteraian MoU mengenai pengambilan pekerja asing dari India bukan bertujuan untuk menambah kemasukan.

Apa signifikan lawatan Perdana Menteri ke India?
Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India pada dari 19 hingga 21 Ogos lalu membawa hasil yang signifikan bagi Malaysia.

Lawatan PM Anwar ke India jana potensi perdagangan RM8 bilion, pelaburan RM4.5 bilion
Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India berjaya meraih potensi perdagangan dan pelaburan masing-masing RM8 bilion dan RM4.5 bilion.

India sokong penyertaan Malaysia dalam BRICS - PM Anwar
India menyokong penyertaan Malaysia dalam blok ekonomi BRICS, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.