LONDON: Jurucakap kapal induk kepada kapal selam Titan yang kini hilang di luar pantai Kanada mempertahankan OceanGate dengan mendakwa syarikat itu menjalankan "operasi yang sangat selamat", lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Persoalan tentang tahap keselamatan kapal selam yang hilang Ahad lalu dibangkitkan semasa sidang media di Kanada pada Rabu ketika bekalan oksigen untuk lima orang di dalam Titan mampu bertahan kurang daripada 20 jam.
Pengasas bersama dan pengerusi Horizon Maritime Services, yang memiliki kapal induk Polar Prince dari mana Titan dilancarkan, Sean Leet, berkata OceanGate menjalankan operasi yang sangat selamat.
"Fokus kami sekarang ialah mengesan kapal selam itu dan mengeluarkan penumpang dengan selamat. Kami sentiasa berhubung dengan kru Polar Prince.
"Prosedur kecemasan kami bermula serta-merta. Bilik kecemasan kami mempunyai kakitangan 24/7 dengan sekumpulan orang yang sangat berkebolehan dan terdapat komunikasi langsung dengan kapal pada setiap masa. Terdapat 17 orang di atas kapal," katanya.
Kapal itu terputus komunikasi dengan pengendali pelancongan pada Ahad ketika berada kira-kira 700 kilometer (km) ke selatan St John's, Newfoundland.
"Penumpang di dalam kapal selam Titan dan keluarga mereka adalah fokus kami. Kami sangat mengambil berat tentang kesejahteraan mereka, kami di Newfoundland dan Labrador, Kanada, Amerika Syarikat dan di seluruh dunia bersatu dalam usaha ini.
"Ia menjadi beberapa hari yang sangat sukar bagi anak kapal dan keluarga mereka di dalam kapal Titan dan Polar Prince. Kapten Polar Prince dan kru teguh dalam memberikan sokongan pada masa yang sangat sukar ini," katanya.
Beliau berkata beberapa peralatan di lokasi pencarian sudah tentu mampu mencapai kedalaman di mana Titan dipercayai berada.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 22 2023
![Kapal induk Titan dakwa operasinya 'sangat selamat' Kapal induk Titan dakwa operasinya 'sangat selamat'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687325207_TBTheTitansubmersi.jpg)
Kapal selam Titan terputus komunikasi dengan pengendali pelancongan pada Ahad ketika berada kira-kira 700 kilometer (km) ke selatan St John's, Newfoundland. - Fail/REUTERS
![Petros dan Sarawak komited untuk bekerjsama dengan Kerajaan Persekutuan, PETRONAS Petros dan Sarawak komited untuk bekerjsama dengan Kerajaan Persekutuan, PETRONAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736955476_TBabangjo.jpg)
Petros dan Sarawak komited untuk bekerjsama dengan Kerajaan Persekutuan, PETRONAS
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghargai pengiktirafan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Petroleum Sarawak Bhd (Petros) sebagai agregator gas tunggal di Sarawak.
![15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi 15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725431069_EbitLew.jpg)
15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu bahawa telefon milik pengadu telah membuat 15 panggilan telefon kepada nombor telefon milik pendakwah tersebut.
![Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM78,000 Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM78,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736609488_TBSazaleeAdam.jpg)
Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM78,000
Polis hari ini menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan sehingga menyebabkan dua mangsa kerugian lebih RM78,000.
!['Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil 'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736944404_TBfahmi.jpg)
'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
![Khairunnisa kuasai scratch elit wanita Khairunnisa kuasai scratch elit wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736941004_TBKhairunnisa.jpg)
Khairunnisa kuasai scratch elit wanita
Pelumba berbasikal trek pelapis wanita negara Khairunnisa Aleeya Saifulnizam mempamerkan kayuhan bertenaga untuk memenangi perlumbaan scratch elit wanita pada Siri Trek ASEAN (Piala Presiden).
![Gagal terbangkan jemaah umrah, pasangan pemilik syarikat pelancongan ditahan Gagal terbangkan jemaah umrah, pasangan pemilik syarikat pelancongan ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729852402_KetuaPolisSelangor.jpg)
Gagal terbangkan jemaah umrah, pasangan pemilik syarikat pelancongan ditahan
Pasangan suami isteri yang merupakan pemilik sebuah syarikat pelancongan ditahan di Kuala Lumpur 7 malam tadi susulan dakwaan gagal menerbangkan jemaah umrah semalam.
![JKDM rampas rokok putih seludup bernilai RM5.84 juta JKDM rampas rokok putih seludup bernilai RM5.84 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735208942_tbJabatanKastamJK.jpg)
JKDM rampas rokok putih seludup bernilai RM5.84 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 4.5 juta batang rokok putih disyaki rokok seludup bernilai RM5.84 juta termasuk cukai yang disembunyikan dalam sebuah kontena berisi pakaian terpakai.
![Anwar jumpa Keir Starmer, penyelesaian isu Palestin antara perbincangan Anwar jumpa Keir Starmer, penyelesaian isu Palestin antara perbincangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736951873_TBAnwarIbrahim.jpg)
Anwar jumpa Keir Starmer, penyelesaian isu Palestin antara perbincangan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Stammer yang berlangsung hari ini sebagai pertemuan yang baik.
![SC akan lancarkan set peralatan bantu syarikat tersenarai penuh pematuhan NSRF SC akan lancarkan set peralatan bantu syarikat tersenarai penuh pematuhan NSRF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718880818_tbMohammadFaizAzmi.jpg)
SC akan lancarkan set peralatan bantu syarikat tersenarai penuh pematuhan NSRF
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bimbang terhadap keupayaan syarikat tersenarai dalam "Kumpulan 2" dan "Kumpulan 3" untuk mematuhi Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Kebangsaan (NSRF).
![Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024 Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736938209_tbKiyomizuderatemp.jpg)
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
![YouTuber terkaya dunia, Mr Beast dakwa diajak naik kapal selam Titan YouTuber terkaya dunia, Mr Beast dakwa diajak naik kapal selam Titan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687768099_TBMRBEASTTITANIC.jpg)
YouTuber terkaya dunia, Mr Beast dakwa diajak naik kapal selam Titan
YouTuber terkaya dunia, Mr Beast mendakwa sempat dijemput menjadi tetamu yang ikut melakukan ekspedisi tersebut, awal bulan ini.
![Pencarian Titan: Pengawal pantai AS 'ambil langkah berjaga-jaga' jika mayat ditemukan Pencarian Titan: Pengawal pantai AS 'ambil langkah berjaga-jaga' jika mayat ditemukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687760663_Titan.jpg)
Pencarian Titan: Pengawal pantai AS 'ambil langkah berjaga-jaga' jika mayat ditemukan
Penyiasat letupan kapal selam Titan "mengambil semua langkah berjaga-jaga" sekiranya mereka menemukan mayat di dasar laut.
![Tragedi Titan: Pengawal Pantai Amerika siasat punca kapal selam meletup Tragedi Titan: Pengawal Pantai Amerika siasat punca kapal selam meletup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687470522_FiveOceanExplorers.jpg)
Tragedi Titan: Pengawal Pantai Amerika siasat punca kapal selam meletup
Siasatan menyeluruh dilakukan bagi merungkai persoalan mengenai ketiadaan peraturan berhubung ekspedisi Titan ke lokasi bangkai Titanic.
![Kanada dan AS siasat insiden kapal selam Titan Kanada dan AS siasat insiden kapal selam Titan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687472297_TheTitan.jpg)
Kanada dan AS siasat insiden kapal selam Titan
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS menyatakan bahawa Pengawal Pantai AS akan memimpin siasatan mengenai insiden kapal selam itu.
![James Cameron terkesan tragedi kapal selam Titan James Cameron terkesan tragedi kapal selam Titan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687485824_JamesCameron.jpg)
James Cameron terkesan tragedi kapal selam Titan
Pengarah filem Titanic berkata, kehilangan Titan dirasakan sehingga ke tulangnya.
![Kapal induk Titan dakwa operasinya 'sangat selamat' Kapal induk Titan dakwa operasinya 'sangat selamat'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687325207_TBTheTitansubmersi.jpg)
Kapal induk Titan dakwa operasinya 'sangat selamat'
Jurucakap kapal induk kepada kapal selam Titan yang kini hilang di luar pantai Kanada mempertahankan OceanGate dengan mendakwa syarikat itu menjalankan "operasi yang sangat selamat".