WASHINGTON: Sebuah kapal layar mewah milik jutawan Rusia, Dmitry Pumpyansky yang dirampas baru-baru ini bakal dilelong.
Kapal Axioma akan dijual kepada pembida tertinggi selepas pemilik syarikat keluli itu gagal membayar balik pinjaman JPMorgan Chase, lapor United Press International (UPI) memetik laman sesawang Howe Robinson Partners.
Axioma dianggarkan bernilai antara US$75 juta hingga US$91 juta, bagaimanapun dijangka dijual pada harga lebih murah.
Kapal layar sepanjang 236 kaki itu dibina pada 2013 serta mempunyai kolam infiniti, jakuzi, teater, bar dan padang golf.
Ketika ini, terdapat 115 pembida yang menunjukkan minat, lapor UPI.
Axioma dirampas di wilayah Gibraltar berhampiran pintu masuk ke Laut Mediterranean, pada Mac dan kapal layar pertama yang dilelong selepas kerajaan membekukan aset-aset mewah milik oligarki Rusia.
Pada Julai mahkamah membenarkan JP Morgan menjual kapal layar itu selepas Amerika Syarikat, United Kingdom dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dikatakan menghalang Pumpyansky untuk menjelaskan pinjamannya berjumlah US$20.6 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 24 2022

Kapal Axioma akan dijual kepada pembida tertinggi selepas pemilik syarikat keluli itu gagal membayar balik pinjaman JPMorgan Chase. - Gambar/ Reuters

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Kapal mewah karam: Empat mayat ditemui
Mayat dibawa ke darat menggunakan bot penyelamat sebelum dibawa ke hospital berdekatan untuk proses pengecaman.

Gara-gara tuduhan 'cuci duit', Black Hanifah hilang kepercayaan orang terdekat
Penyanyi Black Hanifah mendedahkan tuduhan kononnya memiliki kapal mewah hasil 'cuci duit' atau menggubah wang haram memberi kesan mendalam kepada kehidupannya.

'Percayalah kebolehan anak Melayu' - Black Hanifah jawab dakwaan miliki kapal mewah hasil cuci duit
Isu berkenaan kecoh di media sosial sejak awal minggu ini dan Black akhirnya tampil memberi kenyataan.

Kapal layar mewah pertama milik oligarki Rusia dilelong
Sebuah kapal layar mewah milik jutawan Rusia, Dmitry Pumpyansky yang dirampas baru-baru ini bakal dilelong.

Ismail Sabri desak AG letak jawatan
Naib Presiden UMNO itu berkata, banyak pihak terkejut apabila Tommy mengumumkan kos guaman kes kapal mewah Equanimity berjumlah RM2 juta daripada keseluruhan kos berjumlah RM15.5 juta.

Jualan Equanimity: Balik sini dan dakwa saya, kata Tun M kepada Jho Low
Dr Mahathir diminta mengulas kenyataan Low yang mendakwa kerajaan sengaja menjual kapal mewah itu pada harga rendah.

Jho Low 'tembak' kerajaan jual Equanimity harga rendah
Usahawan kelahiran Malaysia, Jho Low hari ini mengecam kerajaan Malaysia atas dakwaan sengaja menjual kapal mewah Equanimity dengan harga rendah.

Equanimity: Harga ditawar Genting terbaik - Guan Eng
Harga yang ditawarkan oleh Genting Malaysia Bhd untuk membeli kapal layar mewah Equanimity adalah yang terbaik.

Lelaki maut sesak nafas, syarikat percutian kapal mewah diperintah bayar RM13.38 juta
Royal Caribbean Cruises diperintahkan bayar pampasan kepada keluarga mangsa yang maut akibat sesak nafas di atas kapal.

Equanimity: Jho Low perlu bertanggungjawab jika... - Najib
Ahli perniagaan yang kini menjadi buruan pihak berkuasa, Low Taek Jho atau Jho Low perlu bertanggungjawab atas pembelian kapal persiaran mewah, Equanimity, sekiranya ia dibeli menggunakan dana haram.