LONDON: Kapal perang terbesar United Kingdom (UK) rosak di luar pantai selatan England lewat Ahad baru selepas memulakan pelayaran ke Amerika Syarikat (AS).
Menurut Agensi Anadolu, HMS Prince of Wales, satu daripada dua kapal induk Tentera Laut Diraja, kekal berlabuh di Isle of Wight dengan siasatan mengenai kerosakannya dijalankan.
"Kapal HMS Prince of Wales berlabuh di Kawasan Latihan Pantai Selatan ketika siasatan terhadap isu mekanikal yang muncul dijalankan," lapor Anadolu memetik kenyataan Tentera Laut Diraja.
Jurnal Pertahanan UK, sebuah portal berita pertahanan, melaporkan bahawa aci kipas kanan kapal perang itu juga turut mengalami kerosakan.
Kapal perang itu dijadualkan belayar ke AS, Kanada dan Caribbean, dan akan mengendalikan jet pejuang F-35 generasi kelima serta dron.
HMS Prince of Wales, yang mengetuai tugas kumpulan pengangkut, dikerahkan bersama kapal frigat, kapal tangki serta kumpulan helikopter dan dron.
Jet pejuang F-35 dijangka menyertai kapal itu apabila ia tiba di AS, tambahnya.
Sebelum memulakan pelayaran dan mengalami kerosakan, Pegawai Pemerintah Kapten Richard Hewitt dalam satu kenyataan berkata "HMS Prince of Wales yang akan berada di Atlantik untuk sepanjang tahun ini bukan saya akan memperluaskan had operasi kapal perang UK ini, selain ia juga akan mengukuhkan lagi hubungan rapat dengan sekutu terdekat kami."
Menurut beliau, kejayaan mengendalikan F35 Lightnings dan dron serta tuan rumah Forum Masa Depan Atlantik di atas kapal berkenaan adalah hasil dedikasi petugas di atas kapal yang kebanyakannya adalah penempatan pertama mereka dengan Tentera Laut Diraja," tambah Hewitt.
HMS Prince of Wales, seberat 65,000 tan metrik dan menelan belanja GBP3 bilion (US$3.5 bilion) untuk dibina, telah dirasmikan pada 2021 di bandar Portsmouth. - BERNAMA
Bernama
Mon Aug 29 2022
Kapal perang terbesar United Kingdom, HM Prince of Wales rosak di luar pantai selatan England lewat Ahad baru selepas memulakan pelayaran ke Amerika Syarikat (AS). - Gambar www.royalnavy.mod.uk
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 20 terkorban
Nahas berlaku kira-kira 10 minit selepas berlepas, dipercayai akibat kegagalan struktur sayap pesawat.
Pihak berkuasa Korea Selatan siasat punca kebakaran pesawat Air Busan
Kebakaran berlaku ketika pesawat bersiap untuk berlepas ke Hong Kong, dipercayai berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang penyimpanan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
[TERKINI] Empat ditahan bantu siasatan kes rempuh, cubaan bunuh
Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara.
Kapal perang terbesar UK rosak dalam perjalanan ke AS
HMS Prince of Wales kekal berlabuh di Isle of Wight dengan siasatan mengenai kerosakannya dijalankan.