STESEN televisyen Iran melaporkan sebuah kapal terbang kargo Boeing 707 Kyrgyz terhempas di barat Tehran selepas berdepan masalah cuaca buruk mengorbankan kesemua kru pesawat.
Pesawat kargo berkenaan dipercayai membawa 10 kru dan dalam perjalanan dari Bishkek, Kyrgyzstan ke Iran.
Stesen TV itu turut melaporkan pesawat itu terbakar selepas terhempas di Safadasht yang terletak kira-kira 50km di barat daya Tehran. Pihak bomba dan penyelamat telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Laporan itu turut memetik insiden berlaku sebelum membuat pendaratan di sebuah lapangan terbang bukan komersial yang terletak tidak jauh dari kawasan perumahan.
Astro Awani
Mon Jan 14 2019

Pesawat kargo berkenaan dipercayai membawa 10 kru dan dalam perjalanan dari Bishkek, Kyrgyzstan ke Iran. - Sumber foto Twitter/Line TV
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Kapal terbang kargo terhempas, kru dikhuatiri terkorban
Stesen televisyen Iran melaporkan sebuah kapal terbang kargo Boeing 707 Kyrgyz terhempas di barat Tehran selepas berdepan masalah cuaca buruk mengorbankan kesemua kru pesawat.