KARACHI: Busuk, kotor dan menjijikkan. Itulah rumusan bagi menggambarkan bandar terbesar Pakistan, Karachi yang diselubungi isu pencemaran kritikal.
Ia diburukkan lagi dengan isu kebersihan apabila sampah dan sisa makanan dibuang di tepi jalan sehingga mengundang ketidakselesaan.
Bukan sahaja mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, malah ia menjadi ‘syurga’ buat haiwan dan serangga perosak.
Sampah dibiarkan menggunung juga menyumbang kepada masalah perparitan yang mencetuskan banjir saban tahun di Karachi.
Bencana banjir yang berlaku setiap kali musim hujan adakalanya berlanjutan selama lebih seminggu yang bukan sahaja menjejaskan aktiviti harian, malah mengancam nyawa penduduk di bandar berkenaan.
Selain itu, lebih 16 juta penduduk di bandar tersebut menanggung penderitaan akibat jalan raya berlubang yang turut menyumbang kepada kerosakan mekanikal kenderaan.
Banjir di Karachi kerap dikaitkan dengan masalah sistem perparitan yang tersumbat akibat sampah yang dibuang penduduk di kawasan terbuka.
Maka, tidak hairanlah Karachi dinobatkan sebagai bandar paling tidak sesuai didiami di dunia oleh Indeks Kebolehhidupan Global 2022.
Buat penduduk, situasi di Karachi bagaikan ‘neraka dunia’ kerana kesulitan yang dihidapi membuatkan mereka perit untuk menjalani kehidupan seharian.
“Keadaan di Karachi sangat teruk. Saya baru sahaja menghantar anak ke sekolah dan sepanjang laluan boleh dilihat sampah merata-rata.
“Keadaan sekeliling amat kotor, kuman yang ada menyebabkan anak-anak mudah jatuh sakit.
“Mereka mengalami demam dan cirit-birit, malah di sekolah ada air hujan yang bertakung,” kata penduduk, Naila Abid.
Tambah Naila, kerajaan yang memerintah Pakistan perlu mengambil langkah proaktif untuk membersihkan sampah sarap tersebut.
“Sekurang-kurangnya laluan di sekitar sekolah perlu dibersihkan.
Jalan berlubang di Karachi bukan sahaja memeritkan kehidupan penduduk tetapi juga antara faktor yang menyumbang kepada kemalangan.
“Ada kanak-kanak jatuh ke dalam kawasan lopak dan pakaian mereka menjadi kotor,” katanya.
Nada sama disuarakan pesara, Rizwan Khan yang mahu jalan-jalan sekitar Karachi diturap bagi memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya.
“Setiap jalan rosak dan terdapat lopak air di mana-mana. Pencemaran bau melengkapkan lagi penderitaan kami.
“Kami umpama hidup dalam neraka. Kerajaan mesti ambil tindakan segera bagi mengatasi permasalahan ini,” ujarnya.
Sementara itu, pihak berkuasa tempatan menjelaskan perancangan dan penyelenggaraan yang lemah membuktikan Karachi masih tidak mampu untuk menghadapi kepesatan kadar pembangunan penduduk. - Sinar Harian memetik laporan agensi
Sinar Harian
Sat Aug 13 2022
Kanak-kanak bermain di kawasan penempatan yang dipenuhi sampah sarap di Karachi. - Gambar fail/Sinar Harian
Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.
AWANI Ringkas: Perolehan aset ATM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.
400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.
KPN bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Karachi bandar raya paling tercemar di dunia
Karachi, bandar terbesar di Pakistan mendahului senarai bandar paling tercemar di dunia dengan pihak berkuasa tidak berdaya untuk mengekang pencemaran.
27 mati di selatan Pakistan akibat denggi
Penularan deman denggi di Pakistan semakin buruk, dengan 27 pesakit mati di Wilayah Sindh di selatan negara itu bulan ini.
Pakistan: Banjir mungkin berlarutan sehingga enam bulan - Pihak berkuasa
Banjir yang disebabkan oleh hujan monsun dan pencairan glasier di kawasan pergunungan di utara Pakistan setakat ini telah meragut nyawa lebih 1,400 orang.
Karachi, bandar paling tidak sesuai didiami di dunia
Ia diburukkan lagi dengan isu kebersihan apabila sampah dan sisa makanan dibuang di tepi jalan, mengundang ketidakselesaan.
Selebriti TV dan ahli politik Pakistan Aamir Liaquat meninggal dunia pada usia 49
Aamir Liaquat ditemukan tidak sedarkan diri di rumahnya dan dikejarkan ke hospital tetapi gagal diselamatkan, lapor media Pakistan.
Tiga warga China antara terbunuh dalam insiden letupan di Karachi
Empat orang, termasuk tiga warga China, terbunuh dalam satu insiden letupan bom di Universiti Karachi di Pakistan pada Selasa.
30 maut, lebih 50 cedera dua kereta api bertembung di selatan Pakistan
Nahas kereta api di wilayah Sindh, selatan Pakistan pada Isnin meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa manakala lebih 50 yang lain cedera.
Lelaki penggal kepala Daniel Pearl dibebaskan Mahkamah Pakistan
Setiausaha Negara AS Antony Blinken menyifatkan keputusan itu sebagai penghinaan kepada semua mangsa keganasan.
Banjir di Pakistan: Helikopter digunakan untuk pindahkan mangsa terjejas
Helikopter penyelamat dihantar di bandar pelabuhan selatan Karachi, Pakistan bagi memindahkan lebih 200 keluarga akibat hujan lebat yang membanjiri bandar itu.