JAKARTA: Pegawai kastam dari Malaysia dan Indonesia baru-baru ini bertemu di Medan, Sumatera Utara untuk menyemak semula tindakan sebelum ini, menangani cabaran serta membuka jalan untuk kerjasama masa depan bagi meningkatkan perdagangan rentas sempadan.
Delegasi Malaysia diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk Zazuli Johan dan Indonesia diketuai rakan sejawatannya Ketua Pengarah Kastam dan Eksais (DJBC) Askolani.
Pada mesyuarat dua hala ke-19 itu, kedua-dua agensi membincangkan usaha untuk menambah baik prosedur kastam bagi mengukuhkan peraturan, memerangi pelanggaran dan memudahkan kelancaran proses perdagangan.
Mesyuarat itu turut menyentuh mengenai pelbagai perkara perkastaman, penyeliaan dan eksais, termasuk topik seperti amalan tadbir urus yang baik, pembangunan kapasiti, penguatkuasaan dan pengawasan aktiviti berkaitan narkotik.
Rondaan Kastam Terkoordinasi Indonesia-Malaysia atau Patkor Kastima dan Pasukan Petugas Bersama Narkotik mendapat perhatian khusus semasa perbincangan itu, menurut DJBC dalam satu kenyataan.
DJBC turut berkongsi data dan maklumat tentang makmal kastam dan eksaisnya memandangkan JKDM sedang mengkaji untuk menubuhkan makmal yang serupa.
Sempena mesyuarat dua hala itu, anggota delegasi turut melawat Makmal Kastam dan Eksais Kelas II Medan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023

Delegasi Malaysia diketuai oleh Ketua Pengarah JKDM Datuk Zazuli Johan dan Indonesia diketuai rakan sejawatannya Ketua Pengarah DJBC Askolani. - Facebook Direktorat Jenderal Bea dan Cukai

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Februari 2025.

Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Kastam Malaysia dan Indonesia perkukuh kerjasama
Mereka membincangkan usaha menambah baik prosedur bagi mengukuhkan peraturan, memerangi pelanggaran dan memudahkan proses perdagangan.