WASHINGTON: Amerika Syarikat pada Selasa mengecam serangan tentera Myanmar di negeri Kayah, yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh pada 24 Dis.
Mangsa serangan termasuk wanita dan kanak-kanak serta dua kakitangan organisasi bantuan antarabangsa 'Save the Children', lapor Agensi Anadolu (AA).
"Kami khuatir dengan kekejaman rejim tentera di Burma (Myanmar), termasuk serangan terbaharu di Kayah dan Karen," kata Setiausaha Negara AS Antony Blinken dalam satu kenyataan.
"Serangan menyasarkan orang tidak bersalah dan mereka yang terlibat dalam misi kemanusiaan adalah suatu yang tidak boleh diterima, dan menunjukkan pihak tentera bertanggungjawab bagi kejadian serangan itu," kata diplomat tertinggi itu.
Blinken menggesa masyarakat antarabangsa melakukan lebih banyak bagi mencegah kekejaman di Myanmar daripada berulang, termasuk menghentikan penjualan senjata dan teknologi dwi-guna kepada tentera.
Tentera Myanmar yang dikenali sebagai Tatmadaw, melancarkan rampasan kuasa pada 1 Feb dan menangkap pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) diketuai pemenang Hadiah Nobel Aung San Suu Kyi, dan dijatuhi hukuman penjara empat tahun pada awal bulan ini.
Lebih 1,000 orang terbunuh manakala lebih 5,400 yang lain ditangkap pasukan junta, dan kebanyakannya telah dibebaskan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 29 2021

Keadaan di bandar Hpruso di negeri Kayah, Myanmar, susulan serangan pada 24 Dis lalu. (Foto KNDF/AP)

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Lebih 30 maut serangan tentera di kem perlindungan Myanmar
Junta Myanmar didakwa melakukan pelbagai serangan berdarah menyasarkan orang awam.

16 maut serangan peluru berpandu Rusia di bandar Ukraine
Lebih 1,000 orang awam berada di pusat beli-belah itu apabila peluru berpandu tersebut mengenai bandar berkenaan.

Lebih 100 serangan terhadap kemudahan kesihatan di Ukraine - WHO
"Serangan terhadap kemudahan kesihatan secara berterusan menimbulkan kemarahan kami."

Hospital bersalin, kanak-kanak Ukraine terkena serangan Rusia
Ekoran serangan itu, terdapat orang dewasa dan kanak-kanak terperangkap di bawah serpihan bangunan.

AS kecam serangan maut tentera Myanmar di Kayah
Mangsa serangan termasuk wanita dan kanak-kanak serta dua kakitangan organisasi bantuan antarabangsa 'Save the Children'.

Serangan pengebom bunuh diri di Yaman, 25 tentera terbunuh
Pengebom bunuh diri itu menyasarkan sekumpulan anggota tentera yang baharu menyertai tentera Yaman di markas Briged Armor ke-39 di daerah Khormaksar di Aden.