NEW DELHI: Kedutaan Afghanistan di New Delhi ditutup berikutan tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada kerajaan India serta kerajaan sementara di Kabul.
Misi yang terletak di kawasan diplomatik Chanakyapuri itu bakal menamatkan operasi mulai 1 Oktober, menurut kenyataan kedutaan pada Sabtu.
"Dengan rasa sedih, kesal dan kecewa, kedutaan Afghanistan di New Delhi mengumumkan keputusan untuk menamatkan operasinya.
"Keputusan itu amat dikesali dan dibuat selepas pertimbangan teliti, dengan mengambil kira hubungan bersejarah dan perkongsian antara Afghanistan dan India yang telah terjalin sekian lama," menurut kenyataan itu.
Antara faktor penutupan itu, termasuk kurangnya sokongan daripada kerajaan tuan rumah, sumber yang tidak mencukupi dan kekurangan kakitangan.
"Ketiadaan ketara sokongan penting daripada kerajaan tuan rumah telah menghalang keupayaan kami untuk menjalankan tugas dengan berkesan.
"Kurang sokongan yang diperlukan untuk pembaharuan visa diplomat sehingga ke bidang kerjasama kritikal yang lain amat menghampakan dan menghalang keupayaan kami untuk menjalankan tugas rutin dengan berkesan," kata Kedutaan Afghanistan.
Kedutaan itu diterajui Duta Farid Mamundzay yang dilantik oleh pentadbiran Ashraf Ghani sebelum kerajaan berkenaan tumbang pada Ogos 2021 apabila Taliban mengambil alih Kabul.
Menurut kenyataan itu, selaras dengan Artikel 45 Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik (1961), semua harta dan kemudahan kedutaan akan dipindahkan kepada jagaan pihak berkuasa negara tuan rumah.
Walaupun kedutaan ditutup, konsulat Afghanistan di Mumbai akan terus beroperasi.
Afghanistan juga mempunyai konsulat di bandar Hyderabad yang dibuka pada Januari 2020.
Konsul Jeneral Afghanistan di Mumbai, Zakia Wardak, dalam satu kenyataan pada Jumaat menjawab isu penutupan itu.
"Dalam masa yang mencabar ini, kami ingin memberi jaminan kepada semua warga Afghanistan yang tinggal di India bahawa bahawa anda masih boleh mendapatkan bantuan konsular, pendidikan atau komersial menerusi Konsulat Jeneral Afghanistan di Mumbai dan Hyderabad," kata Zakia.
Pengumuman kedutaan pada Sabtu itu turut menunjukkan perbezaan ketara dengan konsulat mengenai keputusan penutupan.
Merujuk kepada kenyataan konsulat "mungkin ada yang menerima sokongan dan arahan daripada Kabul yang mungkin berbeza daripada tindakan kami ketika ini".
Walaupun India tidak secara rasmi mengiktiraf kerajaan pimpinan Taliban, negara ini masih terlibat dengan pemerintah baharu Kabul menerusi aktiviti bantuan di Afghanistan.
New Delhi menarik balik kakitangan diplomatik dari Kabul pada 2021 ketika pasukan NATO keluar dari Afghanistan.
India menikmati hubungan politik dan ekonomi yang rapat dengan kerajaan terdahulu di Afghanistan dan melaksanakan banyak projek.
Dagangan dua hala pada tahun kewangan 2019-20 bernilai US$1.5 bilion dan lebih 1,700 warga India pernah menetap di Afghanistan.
Jumlah pelarian Afghanistan yang tinggal di India dianggarkan melebihi 15,000 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2023

Keadaan di luar kedutaan Afghanistan di New Delhi, India, 29 Sept 2023. - REUTERS

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan

Jumlah perdagangan Afghanistan melebihi US$12 bilion pada 2024
Jumlah keseluruhan perdagangan Afghanistan pada 2024 melebihi US$12 bilion, mencatatkan peningkatan 38 peratus dalam import berbanding tahun sebelumnya dan penurunan empat peratus dalam eksport.

Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.

Kyrgyzstan keluarkan Taliban daripada senarai organisasi pengganas
Kyrgyzstan mengeluarkan Taliban daripada senarai organisasi yang diharamkan, menurut Kementerian Luar Kyrgyz pada Jumaat, lapor Xinhua.

Afghanistan siap sedia sambut Aidiladha meski berdepan cabaran ekonomi
Kadar pengangguran dan kemiskinan yang tinggi mengurangkan kuasa beli rakyat Afghanistan secara drastik, menyukarkan mereka untuk melaksanakan ibadah korban.

Tehran dakwa penjajahan asing sebagai punca utama masalah Afghanistan
Punca masalah dan cabaran Afghanistan ialah pendudukan negara itu sebelum ini dan kurangnya perhatian terhadap pembangunan ekonominya oleh bekas penjajah.

Pilihan raya Pakistan: Perkhidmatan rangkaian mudah alih digantung, sempadan ditutup
Pihak berkuasa Pakistan menggantung perkhidmatan mudah alih dan menutup sempadan dengan negara jiran Afghanistan dan Iran selepas insiden pengeboman.

150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Seramai 150,000 wanita berkhidmat dalam sektor kesihatan Afghanistan ketika ini dengan pelbagai cabang kepakaran.

Afghanistan ketika ini 100 peratus aman - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Situasi di Afghanistan jauh lebih baik berbanding 20 tahun lalu yang menyaksikan ratusan orang maut akibat peperangan.

Afghanistan perlu raih semula penghormatan untuk membangun - Penganalisis
Afghanistan perlu memecahkan persepsi negatif terhadap negaranya dan meraih semula penghormatan komuniti antarabangsa untuk membangun.