LONDON: Kedutaan China di United Kingdom (UK) mengeluarkan satu kenyataan pada Isnin mengecam tuduhan UK terhadap kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), menurut laporan Xinhua.
Awal Isnin, polis Britain mengumumkan pendakwaan terhadap tiga lelaki yang dituduh membantu perkhidmatan perisikan asing Hong Kong.
Pihak China menolak keras dan mengecam perbuatan Britain yang didakwa mengeluarkan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan HKSAR, serta telah membuat representasi kepada pihak UK mengenai perkara itu, kata kedutaan itu dalam satu kenyataan.
Sejak beberapa lama, UK didakwa telah mengemukakan siri tuduhan terhadap China, termasuk tuduhan mengenai "pengintip China" dan serangan siber, semua tuduhan ini tidak berasas dan bersifat memfitnah," kata kenyataan itu.
Pihak Britain juga didakwa secara sewenang-wenangnya mengganggu, menangkap, dan menahan warga China di UK dengan alasan kehakiman dan keselamatan negara dan ini merupakan provokasi serius terhadap China dan melanggar norma asas yang mengatur hubungan antarabangsa, katanya.
"Perlu ditegaskan bahawa Hong Kong telah lama kembali ke pangkuan China. Hong Kong adalah Hong Kong China. UK tidak mempunyai hak dan tidak berada dalam kedudukan untuk menuding jari dan campur tangan dalam urusan Hong Kong," kata kenyataan itu.
"Kerajaan China kekal teguh dalam melawan elemen didakwa sebagai anti-China yang berusaha mengganggu Hong Kong dan dalam mempertahankan kestabilan dan kemakmuran wilayah itu.
Kami menggesa pihak UK untuk segera memperbetulkan kesilapan mereka, berhenti menyebarkan teori ancaman China yang disebut-sebut, mengakhiri semua bentuk manipulasi politik terhadap China, dan memastikan semua hak dan kepentingan sah warga China di UK," katanya.
"Pihak UK tidak seharusnya melangkah lebih jauh ke arah yang salah dan membahayakan hubungan China-UK," katanya.
--BERNAMA-XINHUA
Bernama
Tue May 14 2024

Pihak China menolak keras dan mengecam perbuatan Britain yang didakwa mengeluarkan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan HKSAR.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Malaysia bersolidariti dengan Mesir, kecam provokasi Israel
Malaysia menegaskan bahawa Mesir berhak menolak semua tuduhan yang dibuat oleh pihak Israel berhubung perkara ini.

DAP buat laporan polis terhadap dua individu tuduh parti itu sebagai kafir harbi
Young Syefura Othman menyifatkan kenyataan dua individu tersebut merupakan ucapan kebencian dan berbahaya serta menggugat ketenteraman awam.

Kedutaan China kecam pertuduhan UK terhadap kerajaan HKSAR
Pada awal Isnin, polis Britain mengumumkan pendakwaan terhadap tiga lelaki yang dituduh membantu perkhidmatan perisikan asing Hong Kong.

Burukkan nama arwah isteri, dituduh ahli organisasi 'F', Shuib bidas dakwaan netizen
Shuib berkata, dia melihat perkara tersebut sebagai satu tuduhan dan fitnah yang melampau.

Tuduhan orang ketiga bukti Farid Kamil tidak kenal Diana Danielle
Diana menegaskan rasa cinta yang sudah pudar membuatkan dia tidak mampu menanggung kesakitan.

'Tuduhan dicanang, sengaja datangkan persepsi buruk' - Mas Ermieyati
Dana yang dimaksudkan bukan untuk kepentingan peribadi tetapi telah diagih mengikut ketetapan yang sepatutnya.

'Serangan' tidak benar, JAIS hanya urus jenazah COVID-19 setelah urusan hospital selesai - Pengarah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hanya menguruskan jenazah pesakit COVID-19 yang telah dilepaskan oleh pihak hospital, kata pengarahnya Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Ceroboh kandang badak sumbu di Zoo Singapura demi 'content' TikTok, remaja berdepan tiga tuduhan
Ralph Wee Yi Kai, 19, dituduh melakukan kesalahan jenayah dan vandalisme, serta dua tuduhan melakukan perbuatan nakal.

Pegawai IT mengaku tidak bersalah sebar berita palsu
Tertuduh didakwa menggunakan aplikasi Tiktok dengan niat untuk menyebabkan kebimbangan orang ramai mengenai kesesakan di PPV Stadium Indera Mulia di Ipoh pada 21 Mei lalu.

"Saya akan ambil tindakan undang-undang" - Amaran Tajuddin pada pengkritiknya
Tajuddin dakwa beliau telah dimalukan dengan pelbagai tuduhan seperti tidak sensitif, rasis dan tidak layak menjadi Pengerusi GLC.