Israel "melakukan kejahatan yang sama teruknya seperti dilakukan oleh Nazi," kata Shawn, 81, yang dikenali melalui peranannya dalam The Princess Bride dan Toy Story, dalam sebuah podcast yang dikeluarkan pada Isnin.
Dalam serangan Gaza yang mengorbankan lebih 47,000 orang dan mencederakan lebih 111,000, Israel "menyerang wilayah orang lain, merampas rumah-rumah orang dan melakukan banyak perkara yang dilakukan oleh Nazi terhadap orang Yahudi," kata Shawn.
Beliau menambah: "Dalam beberapa hal, ia lebih teruk kerana mereka seolah-olah berbangga mengenainya. Hitler ada rasa malu untuk menyembunyikannya...Orang Israel hampir berbangga dengan perkara ini dan ia adalah kejahatan. Tidak ada kejahatan yang lebih besar daripada itu."
"Seluruh dunia tahu yang mereka sedang membiarkan orang kelaparan, menghalang kanak-kanak daripada mendapatkan ubat dengan sengaja dan meletupkan hospital," kata Shawn, merujuk kepada sekatan Israel terhadap bantuan kemanusiaan termasuk makanan dan bekalan perubatan, serta beberapa insiden serangan ke atas hospital.
Shawn, yang berketurunan Yahudi menjadi pengkritik lantang terhadap dasar Israel dan menulis mengenai topik ini. Kenyataannya menerima kritikan daripada komuniti Yahudi dan yang lain, namun beliau bukanlah orang pertama yang membuat perbandingan sedemikian.
Shawn juga mencadangkan sesetengah orang Israel yang menyokong tindakan ketenteraan semasa ini mungkin suatu hari nanti akan menilai semula pendirian mereka.
"Saya rasa ada sesetengah orang Israel yang hari ini menyokong apa yang dilakukan negara mereka di Gaza atau Tebing Barat, akan bangkit dalam 10 tahun dan bertanya pada diri mereka, 'Bagaimana saya membenarkan ini?'"
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/71728293049_freesize.jpg)