Ringkasan AI
- Dua kanak-kanak Palestin berusia 12 dan 13 tahun meninggal dunia akibat ditembak oleh tentera Israel di Tebing Barat yang diduduki. Mangsa dikenal pasti sebagai Ayman Al-Hemouni dari Hebron dan Rimas Ammouri dari Jenin.
- Menurut Defense for Children, Ayman ditembak di bahagian belakang ketika berada berhampiran rumah ahli keluarganya, manakala Rimas ditembak ketika berdiri di halaman rumah keluarganya oleh seorang askar Israel dalam kereta perisai.
- Rimas disahkan meninggal dunia kira-kira 10 minit selepas tiba di Hospital Kerajaan Jenin. Kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran oleh tentera zionis.
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.
Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Ayman Al-Hemouni dari Hebron, dan kanak-kanak perempuan Rimas Ammouri dari Jenin.
Menurut Defense for Children dalam satu kenyataan, ketika kejadian Ayman berada berhampiran rumah ahli keluarganya di kawasan Hebron sebelum dia didakwa "ditembak di belakang" oleh seorang tentera Israel pada petang Jumaat.
Manakala, Rimas ditembak ketika berdiri di halaman rumah keluarganya di kawasan Jenin sekitar jam 3.50 petang, hari yang sama.
Kumpulan itu menambah, seorang askar Israel dalam kereta perisai, ditempatkan kira-kira 50 meter dari Rimas, melepaskan sekurang-kurangnya lima peluru ke arah tempat dia berdiri, dan mengenai bahagian belakang kanak-kanak terbabit.
Rimas disahkan meninggal dunia kira-kira 10 minit selepas tiba di Hospital Kerajaan Jenin, kira-kira jam 4.30 petang.
Sementara itu, pengarah program akauntabiliti Defence of Children Palestine, Ayed Abu Eqtaish menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
