Seorang wanita maut ditetak di leher oleh anak kandungnya sendiri hanya kerana mangsa gagal menyediakan sejumlah wang yang diminta.
Ketika kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Sutarmi, 54 tahun, sedang berjualan di sebuah sawah di sini ketika musim menuai pada Jumaat.
Anaknya Sumudi, 35 tahun, tiba-tiba menghampiri mangsa dan meminta diberikan wang berjumlah IDR500,000 (kira-kira RM142).
Apabila diberitahu yang dia tidak mempunyai wang sebanyak itu, Sumudi terus naik berang dan mengancam membunuh ibunya.
Sutarmi cuba melarikan diri setelah dikejar anaknya, namun malang sekali apabila dia tiba-tiba terjatuh di permatang sawah.
Melihat ibunya yang rebah, Sumudi yang sepatutnya cuba untuk membantu sebaliknya menghayun dan menetak ibunya tepat ke leher berkali-kali hingga putus.
Menurut saksi, Sutarmi dilihat menggelepar akibat tetakan sebelum kaku tidak bernyawa.
Sumudi kemudian meninggalkan mayat ibunya tanpa rasa kesal.
Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat.
Suspek, dipercayai menghidap gangguan jiwa, berjaya ditahan polis Indonesia pada Sabtu.
Menurut portal TribunJateng.com, suspek dilapor berkata yang dia langsung tidak rasa menyesal membunuh ibunya dengan kejam.
Beberapa barang bukti ditemukan bersama suspek, antaranya parang yang digunakan untuk memenggal kepala ibunya, baju mangsa, basikal dan juga beg galas suspek.
Sumudi bakal dituduh di bawah Pasal 340 KUHP kerana membunuh dengan niat. Sabit kesalahan, suspek boleh dijatuhi hukuman mati atau dipenjara seumur hidup.
Agensi
Sun Mar 11 2018

Seorang wanita maut ditetak di leher oleh anak kandungnya sendiri hanya kerana gagal menyediakan sejumlah wang yang diminta. -Foto kompasiana
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Penghantar makanan tendang motosikal sendiri, tak puas hati kena tarik
Berang motosikal ditarik kerana mempunyai tunggakan selama 34 bulan menyebabkan seorang penghantar makanan merosakkan motosikal miliknya.

Empat sekeluarga nyaris maut diserang gajah naik minyak
Selesai menterbalikkan kenderaan itu, gajah tersebut kemudian berjalan dengan tenang.

Perompak sorok bayi tiga bulan dalam kotak polisterin
Suspek turut menyumbat mulut bayi itu menggunakan tuala kecil sebelum ditampal pita pelekat.

Abang rempuh polis berang adik ditahan
Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang anggota polis berpangkat sarjan yang sedang menjalankan tugas.

Lelaki ditahan cuba serang anggota polis dengan cangkul
Seorang lelaki yang berang kerana tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPB di Kampung Padang Che Mas, Baling ditahan selepas cuba mencederakan anggota polis menggunakan cangkul.

Lelaki 'wanted' mengamuk ketika hendak ditahan polis
Dalam kejadian jam 11 malam itu, lelaki terbabit dikatakan tidak berpuas hati dan berang apabila polis ingin menangkapnya, lalu bertindak agresif.

Salahkan anak muda, Menteri Kewangan India 'kena bahan' di media sosial
Anak muda berang dengan dakwaan menteri itu dan tidak mengambil masa yang lama untuk 'membahan' Nirmala dengan pelbagai jenaka di media sosial masing-masing, menggunakan #BoycottMillennials.

Lapar, pelanggan naik berang, tembak pelayan restoran di Paris
Polis Paris sedang memburu pelanggan tersebut yang dilapor melepaskan satu das tembakan yang mengena bahu pelayan berumur 28 tahun.

Gara-gara apam balik, suami Siti Saleha naik hantu ketika bufet Ramadan?
Suami kepada pelakon Siti Saleha, Ahmad Lutfi didakwa berang dengan tindakan tukang masak di sebuah restoran yang memberikan juadah apam balik kepada tetamu yang memotong barisan.

Bila gagal, saya jadi berang - Morata mohon maaf
Morata dikeluarkan ketika perlawanan berbaki 19 minit untuk membuka peluang kepada Eden Hazard yang pada awalnya direhatkan bagi menghadapi Southampton dalam separuh akhir Piala FA, Isnin ini.