“Kami percaya bahawa kekuatan Amerika bersama Ukraine dan semua rakan kongsi kami, sudah cukup untuk mendesak Rusia ke arah keamanan,” tulis Zelenskyy dalam satu hantaran di X.
Seperti yang telah dilaporkan, Trump menyatakan bahawa Putin telah bersetuju untuk “segera” memulakan rundingan bagi menamatkan perang di Ukraine.
"Saya mengadakan perbualan yang panjang dan terperinci dengan Presiden Trump. Saya menghargai minat yang mendalam terhadap peluang yang kita kongsi bersama dan bagaimana kita boleh mencapai keamanan sebenar bersama-sama," kata Zelenskyy lagi.
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)