“SAYA fikir saya akan mati,” ujar ikon industri penerbangan Richard Branson berkenaan kemalangan yang menimpanya awal minggu ini ketika berbasikal di British Virgin Islands.
Dalam kemalangan itu, Branson mengalami kecederaan di bahagian pipi dan ligamennya terkoyak.
Pengasas empayar Virgin itu menjelaskan kemalangan itu berlaku apabila dia terlanggar sebuah bonggol pada jalan ketika berbasikal bersama anak-anaknya, Holly dan Sam.
“Saya terpelanting melepasi pemegang basikal dan sekelip mata seluruh hidup saya terimbau semula,” ujar hartawan 66 tahun itu dalam kiriman blognya yang disertakan dengan foto-foto beliau tercedera.
Branson turut menambah, topi keledar yang dipakai telah menyelamatkan nyawanya.
Gemar cabaran
Branson bukan sahaja terkenal pengasas sebuah empayar penerbangan, namun personaliti ini sinonim dengan aktiviti lasak dan mencabar.
Beliau dilaporkan sudah mencuba beberapa kali untuk terbang mengelilingi dunia tanpa henti dengan belon udara namun masih belum berjaya.
Pada tahun 1998, Branson hampir ditimpa tragedi apabila tekanan udara rendah menyebabkan belon udaranya jatuh di Lautan Pasifik.
Percubaan pelancongan angkasa lepasnya pada tahun 2014 menerusi Virgin Galactic turut menemui kegagalan apabila letupan kapal angkasa mengorbankan seorang pembantu juruterbang.
Agensi
Sat Aug 27 2016

Richard Branson sempat berseloroh dengan jurukamera sambil menunjukkan 'thumbs-up' menunjukkan beliau selamat. - Foto AFP

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Richard Branson tolak berdebat dengan menteri Singapura isu hukuman mati
Jutawan British Sir Richard Branson menolak pelawaan Singapura untuk menyertai debat televisyen secara langsung dengan Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri K. Shanmugam.

Singapura pelawa Richard Branson berdebat isu dadah, hukuman mati
Singapura mengundang Sir Richard Branson untuk berdebat secara langsung menerusi televisyen mengenai pendekatan republik ini berhubung isu dadah dan hukuman mati.

Hukuman gantung: Richard Branson, Stephen Fry mohon Singapura beri Nagaenthran pengampunan
Mereka menggesa presiden Singapura, Halimah Yacob dan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong untuk memberikan Nagaenthran, 34, pengampunan.

Individu paling kaya di dunia, Jeff Bezos lengkapkan misi angkasa lepas
Individu paling kaya di dunia, Jeff Bezos berlepas ke angkasa menggunakan kapsul pesawat New Shepard dari pangkalan angkasa lepas di Texas, pada Selasa.

Richard Branson lengkapkan misi angkasa lepas
Hartawan Richard Branson melengkapkan misi angkasa lepas, apabila pesawat angkasa Virgin Galactic berjaya mendarat di Spaceport, New Mexico.

Richard Branson berlepas ke angkasa
Branson berlepas dari Spaceport America di New Mexico pada pukul 10.44 malam waktu Malaysia dan pelepasan itu disiarkan secara penstriman langsung di AstroAWANI.com.

Richard Branson bersedia untuk ke angkasa lepas
Virgin Galactic menjadi syarikat roket pertama yang menerbangkan pengasas syarikatnya ke angkasa lepas.

Virus korona jejas pendapatan, dana kerajaan ditagih hartawan
Akibat tidak sanggup menanggung beban pembayaran gaji dari poket sendiri, mereka dikecam tangkai jering.

Kemalangan basikal, Richard Branson sangka sudah mati
Branson terpelanting dari basikal dan cedera di bahagian pipi serta ligamennya terkoyak.

Virgin Group beri cuti bergaji setahun kepada pekerja baru bergelar bapa
Polisi baru syarikat itu memberi cuti bergaji sehingga setahun kepada pekerja lelaki yang baru menimang cahaya mata.