Pesta Songkran (Pesta Air) yang secara tradisinya diadakan untuk menyambut ketibaan tahun baru pada pertengahan bulan depan boleh menjadi mangsa kemarau yang semakin buruk melanda negara ini termasuk ibu negara, Bangkok.
Berikutan bekalan air yang semakin berkurangan, kerajaan telah memberi amaran kepada mereka yang meraikan Songkran supaya berjimat-cermat menggunakan air.
Mereka dinasihatkan supaya hanya merenjis dan bukan mencampak berbaldi-baldi air atau mengadakan perang air.
"Kerajaan sedang menyiapkan kempen penjimatan air dan akan meminta rakyat mengamalkan kaedah tradisional "Rod Nam Dam Hua" (merenjis sedikit air kepada orang lain) apabila merayakan Songkran dan tidak mencampak sepenuhnya air dalam baldi," kata Perdana Menteri Jen. Prayuth Chan-O-Cha kepada media tempatan baru-baru ini.
Musim kering yang melanda Thailand sekarang menyebabkan kemarau berpanjangan dan memberi kesan kepada banyak kawasan pertanian.
Kerajaan Thailand mengumumkan 46 daerah di 12 wilayah sebagai kawasan yang dilanda kemarau.
Menurut Pejabat Lembaga Kemajuan Ekonomi dan Sosial Kebangsaan Thailand, krisis kemarau mengakibatkan hampir 500,000 orang dalam sektor pertanian kehilangan mata pencarian dan memerlukan bantuan kerajaan.
Sebagai pengeluar pertanian utama di dunia, dianggarkan lebih 12 juta rakyat Thai bekerja dalam sektor ini.
Sehingga musim kering berakhir pada bulan Ogos dan air mula mengalir semula ke empangan, pihak berkuasa Thai telah merangka lapan kaedah untuk menangani musim kemarau termasuk melakukan pembenihan awan.
Di sebalik mengingatkan rakyat Thailand supaya berjimat cermat mengguna air sewaktu pesta Songkran, pihak kerajaan bagaimanapun mahu Kementerian Pelancongan dan Sukan memastikan pelancong tidak keliru dengan keadaan sekarang sehingga membatalkan rancangan mereka datang ke negara ini.
Satu bahagian Bangkok yang sejak bertahun-tahun merayakan Songkran secara besar-besaran ialah Khao San Road, dikenali di seluruh dunia kerana komuniti backpackers.
Pemimpin perniagaan di kawasan itu, Piyabut Jiwaramonikul berkata Pesta Songkran di Khao San Road akan tetap semeriah tahun-tahun sebelumnya dan tidak akan terjejas dengan seruan kerajaan supaya menjimatkan penggunaan air.
Terima nasihat kerajaan
"Saya tidak fikir perayaan Songkran yang hanya untuk tiga hari itu akan membazirkan banyak air kerana orang biasanya menikmati perang air dengan menggunakan pistol air.
"Cara ini tidak menggunakan banyak air berbanding menyimbah air kepada satu sama lain," katanya.
Beliau lalu memberi jaminan kepada pelancong dan orang ramai bahawa mereka akan menikmati keseronokan Songkran di Khao San Road.
Di sebalik jaminan yang dibuat oleh Piyabut, Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) mengambil pendekatan yang berbeza dan akan mematuhi dasar air kerajaan sewaktu Pesta Songkran.
Menurut BMA, amalan "Rod Nam Dam Hua" kerajaan berbanding perang air sewaktu perayaan Songkran bukan sahaja selaras dengan budaya Thai tetapi sesuai dengan usaha penjimatan air sewaktu musim kemarau.
Meskipun mengambil pendekatan yang sama seperti kerajaan dalam usaha penjimatan air semasa Songkran, BMA yang akan menjadi tuan rumah perayaan itu di 50 daerah Bangkok akur pihaknya tidak boleh mengarahkan orang ramai dalam soal penggunaan air.
Bernama
Thu Mar 10 2016

Musim kering yang melanda Thailand sekarang menyebabkan kemarau berpanjangan dan memberi kesan kepada banyak kawasan pertanian. - Foto AFP

Amerika jual “kad emas” AS$5 juta kepada orang kaya warga asing untuk peroleh kewarganegaraan
Kad emas tawar peluang tinggal dan bekerja selain laluan ke arah memperoleh kewarganegaraan AS.
Polis buka dua kertas siasatan, namun tiada pertuduhan
Polis membuka dua kertas siasatan berhubung perhimpunan yang diadakan di hadapan Menara Kinabalu iaitu pusat pentadbiran negeri Sabah pada 31 Dis tahun lepas, namun tiada pertuduhan dikenakan terhadap penganjur.
Anwar bertemu Jose Ramos-Horta di Vietnam
Di sela kunjungan ke Republik Sosialis Vietnam pada Selasa, Anwar sempat bertemu sahabat dan Presiden Republik Demokratik Timor Leste, José Ramos-Horta malam tadi.
Anwar adakan kunjungan hormat ke atas To Lam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam To Lam di ibu pejabat parti berkenaan di Hanoi pada Selasa. Ia sekali gus menandakan permulaan lawatan kerja dua hari beliau ke negara anggota ASEAN itu.
PETRONAS nafi buang 16,000 pekerja, ‘right-sizing’ dijangka pertengahan tahun
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik menegaskan, saiz penyusunan semula atau 'right-sizing' sedang diteliti oleh pasukan petugas dan dijangka diselesaikan pada pertengahan tahun ini. #AWANInews

Jet Israel serang selatan Damsyik, Daraa
Sumber keselamatan Syria melaporkan bahawa sebuah tapak ketenteraan menjadi sasaran, namun butiran lanjut tidak didedahkan.
MITI, SC lancar dana pelaburan bersama RM131.5 juta untuk PKS, firma pertengahan
Dana RM131.5 juta diperuntukkan untuk menggalakkan syarikat tempatan, khususnya PKS, mengambil bahagian dalam pertumbuhan ekonomi negara.

Pesawat terbakar, 2 penumpang cedera ringan
Siasatan awal mendedahkan, juruterbang tersebut didapati hilang kawalan selepas berlepas dari sebuah lapangan terbang berdekatan.

Enam bayi baru lahir meninggal dunia akibat cuaca sejuk di Gaza
Ahli kaji cuaca melaporkan, suhu telah turun kepada sifar darjah Celsius sejak beberapa hari kebelakangan ini

Elon Musk akan sertai mesyuarat Kabinet rasmi pertama Trump hari ini - White House
Bukan jemaah menteri, tetapi Musk akan menyertai anggota Kabinet lain atas kapasiti beliau sebagai penasihat Presiden Trump.

Kemarau berpanjangan di Thailand boleh jejaskan Pesta Songkran
Berikutan bekalan air semakin berkurangan, kerajaan memberi amaran kepada mereka yang meraikan Songkran agar berjimat-cermat menggunakan air.