BANGKOK: Polis Thailand dilapor sedang menyiasat satu bukti baharu video dipercayai rakaman sebelum pelakon TV Pattarathida "Tangmo" Patcharaveerapong terjatuh ke dalam sungai bulan lepas.
Rakaman menunjukkan seseorang sedang berdiri dan duduk di belakang bot yang dipandu laju sepanjang Sungai Chao Phraya pada malam kejadian.
Bagaimanapun, polis tidak menyatakan sama ada orang yang dilihat dalam rakaman itu adalah pelakon tersebut, lapor Bangkok Post.
Pesuruhjaya Wilayah Polis Wilayah 1 Pol Lt Jen Jirapat Phumuchit berkata penyiasat telah memperoleh "bukti baharu" daripada video CCTV yang diambil dari bangunan di tepi sungai Chao Phraya.
Beliau berkata rakaman itu menunjukkan seseorang berdiri dan duduk di bahagian belakang bot laju pada jam 10.34 malam, 24 Feb lalu pada waktu sebelum aktres itu terjatuh ke dalam sungai.
"Bukti ini berguna kerana ia akan membantu penyiasat mendapatkan kejelasan berhubung kes ini," kata Jirapat.
Beliau berkata polis akan meminta pakar dari syarikat produksi untuk membantu meningkatkan kejelasan rakaman dan memeriksa koordinat GPS bot laju itu.
Sementara itu, pengarah Institut Sains Forensik Pusat Kementerian Kehakiman Pol Kol Songsak Raksaksakul berkata institut itu akan menubuhkan panel bagi menjalankan bedah siasat kedua mayat Pattarathida sepertimana diminta ibunya, dan akan menjemput doktor dari institut lain untuk menyertainya.
"Mayatnya akan disimpan di Hospital Universiti Thammasat, dan pemeriksaan semula dijangka selesai dalam tempoh tidak kurang daripada 30 hari," kata Pol Col Songsak.
Mayat aktres itu sepatutnya sudah dibakar, tetapi ibunya pada Sabtu memohon penyiasat untuk memindahkan mayat ke institut untuk pemeriksaan semula.
Ketua Jabatan Siasatan Khas (DSI) Trairit Temahiwong berkata DSI akan menyiasat kes itu jika keluarga Pattarathida meminta jabatan itu berbuat demikian.
Bekas pengarah Institut Sains Forensik Pusat Khunying Dr Pornthip Rojanasunant pada hantarannya di Facebook bahawa keluarga itu mungkin mempunyai peluang yang sukar untuk mengakses keputusan bedah siasat.
Beliau berkata ramai orang tersilap bahawa hanya polis mempunyai akses kepada laporan ini.
Mengikut undang-undang, doktor forensik mempunyai kewajipan untuk mendedahkan kebenaran.
Namun memandangkan bedah siasat di Thailand telah disekalikan dalam siasatan polis, proses itu mungkin tidak telus sepertimana sepatutnya, kata Dr Porntip.
Beliau berkata Thailand harus menerima pakai Protokol Minnesota PBB, satu set garis panduan yang menyatakan bahawa doktor perlu bebas dan telus.
Astro Awani
Mon Mar 14 2022

Polis Thailand dilapor sedang menyiasat satu bukti baharu video dipercayai rakaman sebelum pelakon TV Pattarathida "Tangmo" Patcharaveerapong terjatuh ke dalam sungai bulan lepas. -Gambar fail/Gempak
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Kematian Tangmo: Polis siasat rakaman terbaharu 'individu' di atas bot
Rakaman itu menunjukkan seseorang sedang berdiri dan duduk di belakang bot yang dipandu laju sepanjang Sungai Chao Phraya pada malam kejadian.