VIENTIANE: Kerajaan Kemboja dan Laos telah bersetuju dengan empat perkara utama yang dijangka dapat meningkatkan kerjasama perdagangan dan pelancongan dua hala antara dua negara itu.

Dalam mesyuarat berlangsung di Vientiane, Laos pada Selasa, Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Perdagangan Kemboja, Cham Nimul.

Nimul turut mengumumkan pihaknya menjangkakan hubungan diplomatik dan perdagangan akan bertambah baik, dengan kedua-dua pihak komited untuk memperluaskan perdagangan dua hala dengan lebih berkesan.

Pertama, kajian akan dijalankan mengenai kawasan berpotensi untuk memperluaskan perdagangan dua hala, sementara mekanisme yang akan menyokong pertumbuhan ini akan diterokai.

Manakala, mesyuarat tahunan di peringkat wilayah untuk meningkatkan pembangunan perdagangan dan infrastruktur juga akan dipertimbangkan dan rancangan mengadakan pameran dan forum pelaburan serta pelancongan.

Sementara itu, pemimpin Laos menyatakan sokongan beliau terhadap hasil mesyuarat tersebut.

Sementara itu, Kementerian Pelancongan melaporkan dalam 11 bulan pertama tahun 2024, Kemboja menerima 306,948 tetamu dari Laos sekali gus mencatatkan penurunan sebanyak 7.2% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2023.