PHNOM PENH: Kerajaan Kemboja mengeluarkan arahan melarang penjualan dan meminum semua jenis alkohol selama dua hari, pada 22 dan 23 Julai, sempena pilihan raya umum di negara Asia Tenggara itu.
Ditandatangani oleh Perdana Menteri Samdech Techo Hun Sen dan dikeluarkan kepada media pada Jumaat, arahan itu bertujuan mencegah gangguan sosial dan memastikan pilihan raya pada 23 Julai berjalan dalam suasana bebas dan adil tanpa keganasan dan intimidasi.
"Semua rakyat Kemboja, warga asing, peniaga dan penjual di Kemboja... mesti menggantung penjualan dan minum arak sehari sebelum hari pilihan raya dan pada hari pilihan raya pada 22 hingga 23 Julai," menurut arahan itu.
Sebanyak 18 parti politik akan bertanding untuk merebut 125 kerusi Dewan Rakyat dan lebih 9.7 juta orang layak mengundi, menurut Jawatankuasa Pilihan Raya Kebangsaan (NEC).
Pada pilihan raya umum lima tahun lepas, Parti Rakyat Kemboja (CPP) pimpinan Hun Sen memenangi kesemua 125 kerusi yang dipertandingkan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 21 2023

Penyokong mengadakan perarakan menandakan berakhirnya kempen pilihan raya Parti Rakyat Kemboja di Phnom Penh, Kemboja, 21 Julai 2023. (Foto AP)

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Kemboja larang jual, minum alkohol semasa pilihan raya umum
Ia bertujuan mencegah gangguan sosial dan memastikan pilihan raya berjalan dalam suasana bebas dan adil tanpa keganasan dan intimidasi.

Speaker Malaysia antara 333 kenamaan asing pantau pilihan raya Kemboja
Antara pemerhati dan orang kenamaan asing termasuk Johari, PM Guinea-Bissau serta 11 bekas ketua negara, kerajaan dan parlimen.

Kemboja cuba raih sokongan China menjelang pilihan raya 2018
Perdana Menteri Hun Sen dijangka menyatakan hasratnya itu kepada China pada Sidang Kemuncak Khas yang dianjurkan Parti Komunis China (CPC) esok 30 November 2018 di Beijing.