ISTANBUL: Kemboja sedia menghantar pakar pengesan periuk api ke Ukraine yang dilanda perang, kata perdana menteri negara Asia Tenggara itu.
"Kemboja bersedia untuk menghantar mereka untuk membantu melatih pegawai di Ukraine," kata Hun Sen kepada Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy semasa panggilan telefon pada petang Selasa.
Agensi Anadolu melaporkan kenyataan Kementerian Luar Kemboja bahawa Sen menyuarakan kebimbangan terhadap serangan oleh tentera Rusia ke atas ibu kota Ukraine dan wilayah lain baru-baru ini, yang menyebabkan banyak kematian, kecederaan, dan kerosakan teruk ke atas infrastruktur awam, yang membawa kepada gangguan bekalan elektrik dan kekurangan air.
Mengenang semula penderitaan penduduk Kemboja suatu masa dahulu, Sen berkata: "Perang tidak boleh ditamatkan dengan perang."
Kemboja adalah antara negara di dunia yang paling banyak dibom. Pusat Tindakan Periuk Api Kemboja menganggarkan tanah seluas 2,000 kilometer persegi (772 batu persegi) tercemar dengan gabungan senjata letupan yang dijatuhkan semasa pengeboman udara AS di negara itu dan periuk api yang dipasang pada akhir 1970-an dan 1980-an, terutama di kawasan yang dikenali sebagai Tali pinggang periuk api K5 bersempadan dengan Thailand dan Laos.
Negara Asia Tenggara itu bagaimanapun berjaya mengeluarkan lebih 72,000 periuk api sejak 2018, membersihkan 66 peratus daripada sasarannya sejauh 641 kilometer (398 batu).
Perdana Menteri Kemboja itu juga menggesa penyelesaian "menyeluruh" untuk menamatkan perang di Ukraine supaya negara itu boleh dapatkan kembali "keamanan, kestabilan, integriti wilayah dan pembangunan."
Terdahulu, negara Asia Tenggara itu menaja bersama resolusi di Perhimpunan Agung PBB menentang perang Rusia dan pengilhakan wilayah Ukraine.
Zelenskyy turut menjemput Sen melawat Ukraine, negara yang kali terakhir dilawati perdana menteri Kemboja pada 1981, lapornya.
Menghargai pendirian Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) mengenai perang Rusia-Ukraine, Zelenskyy juga meminta Perdana Menteri Kemboja itu menyampaikan ucapan video pada sidang kemuncak ASEAN yang akan datang.
Kemboja adalah pengerusi semasa ASEAN dan sidang kemuncak blok serantau itu dijangka berlangsung dua minggu akan datang.
Ukraine juga sedang mempertimbang untuk menjadi rakan dialog sektoral bagi 10 anggota blok Asia Tenggara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 02 2022

Hun Sen menyuarakan kebimbangan terhadap serangan oleh tentera Rusia ke atas ibu kota Ukraine dan wilayah lain. - Reuters

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Kemboja sedia hantar pakar pengesan periuk api ke Ukraine
Hun Sen menyuarakan kebimbangan terhadap serangan oleh tentera Rusia ke atas ibu kota Ukraine dan wilayah lain.