NEW DELHI: Perbalahan politik baharu tercetus di Pakistan apabila anak Perdana Menteri Shehbaz Sharif, Hamza Shehbaz mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Wilayah Punjab pada Sabtu.
Hamza, 47, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Speaker Dewan Negara Raja Pervaiz Ashraf pada majlis yang diadakan di Rumah Gabenor di Lahore menurut perintah mahkamah.
Hamza, pemimpin parti Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) iaitu parti bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif, dipilih sebagai ketua menteri baharu oleh PML-N dan sekutunya dalam perhimpunan wilayah Punjab dua minggu lalu di tengah-tengah kekecohan.
Beliau menerima 197 undi dalam dewan yang mempunyai 371 ahli namun proses itu dicemari oleh keganasan dan campur tangan polis buat pertama kalinya, yang dianggap tidak sempurna oleh Gabenor Punjab, Omar Sarfraz Cheema.
Gabenor itu, yang merupakan ketua istiadat wilayah itu, enggan menerima Hamza sebagai Ketua Menteri Punjab.
Terdahulu pada Sabtu, Omar memulihkan kerajaan Usman Buzdar, yang meletak jawatan untuk memberi laluan kepada sekutu politik menggantikannya sebagai ketua menteri wilayah yang mempunyai lebih separuh daripada 220 juta penduduk Pakistan.
Buzdar merupakan anggota parti bekas Perdana Menteri Imran Khan, Tehreek-e-Insaf Pakistan (PTI) . Krisis politik Punjab adalah sebahagian daripada perebutan kuasa Pakistan yang lebih luas setelah kerajaan persekutuan Imran baru-baru ini digulingkan melalui undi tidak percaya yang dijalankan atas perintah mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 30 2022
![Kemelut baharu dalam politik Pakistan selepas Ketua Menteri Punjab angkat sumpah Kemelut baharu dalam politik Pakistan selepas Ketua Menteri Punjab angkat sumpah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71651332127_HamzaShehbaz.jpg)
Hamza, 47, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Speaker Dewan Negara Raja Pervaiz Ashraf pada majlis yang diadakan di Rumah Gabenor di Lahore menurut perintah mahkamah. - Gambar fail
NSL: Klinik beri peluang cungkil bakat generasi muda, bangun akar umbi
Klinik Netball Super League (NSL) yang dianjurkan Astro disifatkan sebagai antara platform terbaik untu mencungkil bakat pemain dalam kalangan generasi muda dan membantu pembangunan di peringkat akar umbi.
Agenda AWANI: Trump mahu Gaza, usir rakyat Palestin?
Bagaimana dunia perlu ‘bertindak’ sebagai respon terhadap kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu ambil alih dan bina semula Gaza serta mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka? Diskusi 8.30 malam
Kerajaan belum muktamad Projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
Penduduk harap jalan runtuh segera dibaiki, bahayakan pengguna
Penduduk harap kerja pembaikan jalan runtuh di laluan Kampung Rantau Panjang ke Kampung Besol Lama di Hulu Dungun akibat hakisan musim tengkujuh lalu perlu disegerakan bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk.
![Pelancong cedera jatuh dari tingkat tujuh pusat beli-belah Pelancong cedera jatuh dari tingkat tujuh pusat beli-belah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738757964_Pelancongcederater.jpg)
Pelancong cedera jatuh dari tingkat tujuh pusat beli-belah
Seorang pelancong warga asing cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah di Persiaran Gurney hari ini.
![Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.
Gencatan Senjata Gaza: Trump akan berdepan lebih banyak tentangan selepas Jordan, Arab Saudi - Penganalisis
Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff berkata Amerika Syarikat dibawah kepimpinan Presiden Donald Trump akan berdepan dengan lebih banyak tentangan daripada masyarakat antarabangsa mengenai isu Palestin. Jelasnya, selepas sekutu rapat Jordan dan Arab Saudi menolak cadangan Trump mengenai penguasaan Amerika Syarikat di Gaza, lebih banyak negara akan menzahirkan bantahan yang sama. #AgendaAWANI
Gencatan Senjata Gaza: ‘Trump pemimpin tidak waras, penuh retorik, ditolak dunia’ - Penganalisis
Profesor Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-undang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam berkata kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih Gaza menonjolkan keperibadiannya sebagai seorang pemimpin yang tidak waras dan hanya penuh dengan retorik. Jelasnya, sekiranya Amerika Syarikat terus bersikap sedemikian, maka negara tersebut akan berdepan dengan penolakan besar-besaran oleh masyarakat antarabangsa. #AgendaAWANI
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
Felo Dasar Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA), Dr. Intan Murnira Ramli berkata ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan. Jelasnya, keyakinan ini berpaksikan kepada sikap ASEAN yang berpegang teguh kepada piagamnya dan peraturan-peraturan di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). #AgendaAWANI
Percepat integrasi ekonomi ASEAN, tangani tekanan dasar ekonomi AS – Penganalisis
Felo Dasar Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA), Dr. Intan Murnira Ramli berkata ASEAN perlu segera mengintegrasikan ekonomi negara-negara rantau ini untuk mengurangkan impak dasar ekonomi Amerika Syarikat yang dilihat menekan. Jelasnya, langkah ini boleh dicapai melalui Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN 2025-2030 yang akan dimuktamadkan seterusnya meningkatkan pelaburan antara negara-negara anggota ASEAN. #AgendaAWANI
![Timbalan PM Pakistan dakwa penyokong Imran Khan cuba cetuskan kekacauan di ibu negara Timbalan PM Pakistan dakwa penyokong Imran Khan cuba cetuskan kekacauan di ibu negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732972286_PakistansFinanceM.jpg)
Timbalan PM Pakistan dakwa penyokong Imran Khan cuba cetuskan kekacauan di ibu negara
Pemimpin parti Imran mendakwa tindakan keras dan kekejaman dilakukan oleh pasukan keselamatan terhadap penunjuk perasaan.
![Kemelut baharu dalam politik Pakistan selepas Ketua Menteri Punjab angkat sumpah Kemelut baharu dalam politik Pakistan selepas Ketua Menteri Punjab angkat sumpah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71651332127_HamzaShehbaz.jpg)
Kemelut baharu dalam politik Pakistan selepas Ketua Menteri Punjab angkat sumpah
Perbalahan politik baharu tercetus di Pakistan apabila anak Perdana Menteri Shehbaz Sharif, Hamza Shehbaz mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Wilayah Punjab pada Sabtu.
![Presiden Pakistan minta Imran terus laksana tugas hingga pengganti dilantik Presiden Pakistan minta Imran terus laksana tugas hingga pengganti dilantik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649079710_TBMASHUPORANGj.jpg)
Presiden Pakistan minta Imran terus laksana tugas hingga pengganti dilantik
Situasi politik mengalami perubahan dramatik pada Ahad selepas usul undi tidak percaya terhadap kerajaan tidak lulus untuk dibahas.