JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia melaporkan kematian 57 pegawai pilihan raya setakat Sabtu kerana masalah kesihatan ataupun kemalangan, dengan jumlah kematian tertinggi di Jawa Barat dengan 13 pegawai diikuti Jawa Timur (12), Jawa Tengah (11) dan Jakarta (enam).
Pegawai-pegawai ini memegang pelbagai peranan termasuk 29 ahli Jawatankuasa Pengawas Pilihan Raya, 10 sukarelawan perlindungan masyarakat, sembilan saksi, enam pegawai, dua ahli jawatankuasa pusat mengundi dan seorang anggota Badan Pengawas Pilihan Raya.
Menurut jurucakap kementerian, Siti Nadia Tarmizi, penyebab utama kematian adalah penyakit jantung yang melibatkan 13 kes, kemalangan (lapan kes) manakala sindrom gangguan pernafasan akut dan hipertensi, masing-masing lima kes.
"Kira-kira 15 peratus pegawai pilihan raya berusia lebih 55 tahun kerana ketersediaan sukarelawan yang terhad. Ada yang mempunyai komorbiditi yang tidak terkawal," katanya, lapor Agensi Berita Antara.
Dalam kalangan pegawai yang meninggal dunia, terdapat empat berumur 17-20 tahun, tujuh berumur 21-30 tahun, lapan berumur 31-40 tahun, 18 berumur 41-50 tahun, 15 berumur 51-60 tahun dan lima berumur lebih dari 60 tahun.
Dalam pilihan raya umum 2024, lebih 800,000 pusat mengundi dibuka di seluruh negara dengan 5.74 juta pegawai ditugaskan, sama ada di dalam negeri atau di luar negara, berbanding dengan 5.66 juta pegawai pada tahun 2019.
Dalam pilihan raya presiden yang diadakan pada 14 Feb, data dari laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya Umum, pemilu2024.kpu.go.id, pada 6.30 petang Sabtu menunjukkan pasangan Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka mendahului dengan 57.95 peratus undi.
Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar dan Ganjar Pranowo-Mahfud MD, masing-masing dengan 24.48 peratus dan 17.57 peratus undi, merangkumi 66.61 peratus daripada undiyang telah dikira.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 18 2024
Penyebab utama kematian adalah penyakit jantung, diikuti kes kemalangan, sindrom gangguan pernafasan akut dan hipertensi. - Astro AWANI/Shahir Omar
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
Gencatan senjata: Ini langkah yang diperlukan - Israel
Herzog menyokong perjanjian tersebut dan berkata bahawa pembebasan tebusan Israel, sama ada yang telah meninggal dunia atau masih hidup, yang telah ditahan di Gaza selama 15 bulan, adalah satu kewajipan moral dan kemanusiaan
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pemilu 2024: Prabowo kukuh sebagai pendahulu dalam tinjauan pilihan raya
Prabowo Subianto melebarkan kedudukannya ke atas dua lagi pesaingnya dalam tinjauan simulasi terbaharu.
Debat calon naib presiden, Polis Jakarta kerah 2,000 anggota
Polis Metropolitan Jakarta mengerahkan kira-kira 2,000 anggota untuk memastikan keselamatan ketika berlangsungnya debat calon naib presiden menjelang Pilihan Raya Umum (PEMILU) 2024.
Pemilu 2024: Megawati ancam pecat anggota buat gerakan politik
Megawati Soekarnoputri meminta semua barisan partinya tidak melakukan muslihat politik untuk pemilihan presiden 2024.