NAIROBI: Kenya menyertai seluruh dunia memperingati Hari Antarabangsa Nelson Mandela, yang jatuh pada 18 Julai setiap tahun, di tengah-tengah desakan memperbaharui komitmen terhadap perkhidmatan awam, lapor Xinhua.
Perayaan itu disambut sebagai mengiktiraf sumbangan bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela terhadap demokrasi, keadilan perkauman dan perkhidmatan kepada manusia.
Perkhidmatan Maklumat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIS) di Kenya, Nairobi, dengan kerjasama Suruhanjaya Tinggi Afrika Selatan di Kenya, mengetuai agensi PBB untuk meluangkan masa selama 67 minit untuk perkhidmatan awam, iaitu satu minit setiap tahun yang dikhaskan oleh Mandela berkhidmat kepada manusia.
Sandra Macharia, pengarah UNIS di Nairobi, memberitahu wartawan bahawa Hari Antarabangsa Nelson Mandela bertujuan untuk mencontohi khidmat masyarakat yang baik oleh ikon Afrika Selatan itu.
"Setiap orang mempunyai peranan untuk dimainkan sama ada individu, komuniti dan juga penggubal dasar supaya kita dapat menerapkan semangat dan tindakan Mandela," kata Macharia.
Sebagai mengiktiraf sumbangan Mandela kepada kemanusiaan, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengisytiharkan 18 Julai sebagai "Hari Antarabangsa Nelson Mandela," mengiktiraf nilai-nilai yang diperjuangkan oleh bekas presiden Afrika Selatan itu dan dedikasinya terhadap perkhidmatan kemanusiaan.
Macharia berkata Mandela, yang meninggal dunia pada 2013, memberi inspirasi kepada masyarakat global untuk terus berusaha ke arah keadilan sosial, pembasmian kemiskinan dan penyakit, serta menamatkan kebuluran.
--BERNAMA-XINHUA
Bernama
Wed Jul 19 2023

Mandela, yang meninggal dunia pada 2013, memberi inspirasi kepada masyarakat global untuk terus berusaha ke arah keadilan sosial, pembasmian kemiskinan dan penyakit, serta menamatkan kebuluran. - Gambar fail/Bernama
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Kenya sambut Hari Mandela di tengah seruan perbaharui komitmen terhadap perkhidmatan awam
Kenya menyertai seluruh dunia memperingati Hari Antarabangsa Nelson Mandela, yang jatuh pada 18 Julai setiap tahun, di tengah-tengah desakan memperbaharui komitmen terhadap perkhidmatan awam.