Place du Palais Royal di bahagian tengah Paris bermandikan warna-warni dan bunyi yang menyerlahkan kepelbagaian budaya Malaysia ketika Minggu Kebudayaan Malaysia (MCW) Paris 2015 dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Isnin.
Dianjurkan buat pertama kalinya di Perancis, acara dari 13 hingga 17 April itu dianggap sebagai satu daripada strategi untuk meningkatkan profil Malaysia ketika ia melobi kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO yang beribu pejabat di sini, bagi penggal 2015-2019.
Muhyiddin, ketika menyampaikan ucapan pembukaan di Paris yang diselubungi cuaca panas musim bunga, berkata Malaysia bertuah kerana penduduknya terdiri daripada pelbagai etnik dan agama.
Beliau memberitahu tetamu asing yang berkumpul pada acara itu bahawa dalam tempoh satu abad hidup bersama sebagai satu msyarakat yang kukuh telah menyumbang kepada adunan dan pemupukan budaya yang unik yang memperlihatkan kepelbagaian tetapi harmoni dan bertenaga yang Malaysia berbangga untuk berkongsi dengan dunia.
"Justeru, Minggu Kebudayaan Malaysia Paris bertujuan untuk menghimpunkan masyarakat dari pelbagai latar belakang, kaum dan kepercayaan untuk bersama-sama meraikan kepelbagaian warisan budaya Malaysia," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan.
Sepanjang acara kebudayaan itu berlangsung, warga Perancis serta pelawat ke negara ini berpeluang menikmati persembahan eksotik kebudayaan pelbagai bangsa Malaysia merangkumi muzik, fesyen, tarian, seni, kraf tangan dan makanan.
Malaysia berjaya menarik 169,973 pelancong dari Perancis pada 2014, meningkat daripada 145,108 pada 2013. Sasaran bagi 2015 ialah 180,000.
Minggu Kebudayaan Malaysia menyusuli inisiatif serupa yang diadakan di bandar raya utama lain di dunia termasuk London, Istanbul dan Washington.
Muhyiddin tiba di ibu negara Perancis pada pagi Isnin dalam usaha untuk melobi sokongan bagi Malaysia menduduki kerusi dalam Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).
Dalam ucapannya, Muhyiddin menyentuh dengan panjang lebar mengenai sektor pelancongan Malaysia sambil menyatakan bahawa negara Asia Tenggara yang mempunyai 30 juta penduduk itu berada di landasan yang betul untuk mencapai matlamat menjadi destinasi pelancongan utama di dunia.
Timbalan Perdana Menteri menarik perhatian kepada kaji selidik Lonely Planes Best in Travel 2014 yang menyenaraikan Malaysia sebagai satu daripada 10 negara teratas untuk dilawati.
Di samping itu, kata Muhyiddin, CNN Travel menyenaraikan ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur sebagai bandar raya beli-belah keempat terbaik di dunia, selepas New York, Tokyo dan London.
Muhyiddin berkata, lima tapak di Malaysia disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO - bandaraya Melaka, Georgetown di Pulau Pinang, Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak, Taman Kinabalu di Sabah dan Lembah Lenggong di Perak.
"Pengikhtirafan ini menyerlahkan bukti Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama," katanya sambil menambah bahawa satu-satunya cara untuk merasai pengalaman Malaysia sepenuhnya ialah melawat sendiri negara itu.
Muhyiddin memanfaatkan acara MCW untuk menarik perhatian kepada kecergasan ekonomi Malaysia dengan menyatakan bahawa Malaysia sentiasa menghadapi cabaran untuk menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi dan mencapai status negara maju menjelang 2020.
Beliau berkata Program Transformasi Ekonomi yang dilancarkan oleh kerajaan telah membuahkan hasil, sambil memetik 'World Economic Forum's World Competitiveness Yearbook 2014' yang menyaksikan Malaysia berada di ranking ke-12 dalam kalangan 60 negara.
Bank Dunia, kata Muhyiddin, meletakkan Malaysia di kedudukan keenam dalam kalangan 189 negara dalam senarai mudah menjalankan perniagaan.
"Kita tidak akan berpuas hati dengan pencapaian tetapi sebaliknya akan terus mengukuhkan dan memperbaiki pencapaian kami di semua bidang pembangunan, pendidikan, teknologi, kewangan perdagangan dan bidang lain," tegas beliau.
Bernama
Tue Apr 14 2015

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bersama Chef Norman Musa menyediakan bahan untuk masakan pada pelancaran Minggu Kebudayaan Malaysia di Paris.- Foto Bernama

Ramadan: Selangor pertimbang benar penjawat awam wanita pulang awal - Amirudin
Kerajaan Selangor sedia mempertimbangkan cadangan membenarkan penjawat awam wanita di bawah pentadbiran kerajaan negeri pulang awal pada Ramadan ini.

Kadar zakat fitrah Negeri Sembilan RM7.50, RM12 dan RM22
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menetapkan tiga kadar zakat fitrah iaitu RM7.50, RM12 dan RM22 tahun ini.
AWANI Borneo [27/2/2025] – Cabaran geografi dan arus deras|Syukur SMJ|Wajib ada sijil halal
AWANI Borneo bersama Nickyson Nyambar
1. Usaha bantu mangsa banjir di Telupid dan Paitan berdepan cabaran
2. Kerajaan mulakan program outreach bantu penerima SYUKUR yang belum ada akaun bank
3. Hanya premis ada sijil halal JAKIM dibenar adakan bufet Ramadan di Sarawak
1. Usaha bantu mangsa banjir di Telupid dan Paitan berdepan cabaran
2. Kerajaan mulakan program outreach bantu penerima SYUKUR yang belum ada akaun bank
3. Hanya premis ada sijil halal JAKIM dibenar adakan bufet Ramadan di Sarawak

Pulau Pinang lulus jajaran baharu NCPR libat kos RM2.43 bilion - Chow
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan jajaran baharu Laluan Berkembar Pesisir Pantai Utara (NCPR) dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang dengan kos pelaksanaan dianggar berjumlah RM2.43 bilion bagi mengurangk

Tarik lesen, senarai hitam peniaga 'Ali Baba' tapak bazar Ramadan - Amirudin
Selangor akan bertindak tegas dengan menarik balik lesen serta menyenarai hitam peniaga bazar Ramadan yang didapati menjual permit atau tapak perniagaan kepada pihak ketiga.

Buruh mengaku tidak bersalah cederakan anak tiri
Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan anak tirinya, pertengahan bulan ini.
Hanya premis ada sijil halal JAKIM dibenar adakan bufet Ramadan di Sarawak
Majlis Islam Sarawak telah mengeluarkan pekeliling minggu lalu bagi memastikan bahawa segala peraturan berkait penganjuran bufet halal di negeri itu dipatuhi.
Kadar zakat fitrah Sarawak RM7.50
Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menetapkan kadar bayaran zakat fitrah bagi wilayah itu meningkat kepada RM7.50 berbanding RM7 tahun lalu.
Perkukuh peranan Sabah dalam industri acara perniagaan
Kerajaan Sabah akan terus mengutamakan acara perniagaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan kerjasama merentasi rantau Asia Pasifik.
Penerima SYUKUR mahu guna bantuan untuk ringankan beban hidup
Bagi penerima syukur, bantuan kewangan ini amat besar ertinya terutama bagi menampung kos sara hidup yang agak tinggi ketika ini.

Kepelbagaian budaya Malaysia terserlah di Paris
Place du Palais Royal bermandikan warna-warni menyerlahkan kepelbagaian budaya Malaysia ketika Minggu Kebudayaan Malaysia Paris 2015.