WELLINGTON: Keputusan Jepun untuk meneruskan pelepasan air tercemar nuklear yang dirawat adalah "tidak menghairankan, tetapi sudah tentu mengecewakan", lapor Xinhua memetik kenyataan seorang pakar marin.
Di sebalik kebimbangan orang ramai dan tentangan hebat dari dalam dan luar negara, kerajaan Jepun ada Selasa memutuskan untuk mula melaksanakan pelepasan sisa air tercemar nuklear dari Loji Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi ke lautan pada 24 Ogos.
Keputusan ini melanggar komitmen Dekad Sains Lautan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pembangunan Lestari (2021-2030) dan Perjanjian Laut Tinggi PBB yang diluluskan baru-baru ini, serta hak masyarakat pribumi Pasifik, kata Profesor Robert Richmond, pengarah Kewalo Makmal Marin di Universiti Hawaii di Manoa.
Kedua-dua Jepun dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) boleh mengubah situasi yang mencabar ini supaya menjadi peluang untuk meneroka dan membangunkan pendekatan yang lebih baik selain daripada mengalirkannya ke lautan, kata Richmond, juga ahli Panel Pakar Penasihat Saintifik terhadap Forum Kepulauan Pasifik .
"Memandangkan keadaan kesihatan lautan yang semakin merosot dan masyarakat dunia yang terus bergantung kepadanya, kita seharusnya menjangkakan tindakan yang jauh lebih baik daripada mereka yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab," katanya.
Jepun dilaporkan telah merawat air itu ke tahap di mana pegawai mengatakan ia tidak lagi berbahaya, dan memutuskan untuk mula mengalirkannya ke Lautan Pasifik.
Kehadiran isotop penyebab kanser cesium-137, strontium-90 dan iodin-131 perlu diperiksa sebelum sisa air dilepaskan, kata David Krofcheck, pensyarah kanan dalam Fizik, Universiti Auckland.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2023

Jepun dilapor telah merawat tercemar nuklear yang dirawat ke tahap di mana pegawai mengatakan ia tidak lagi berbahaya, dan memutuskan untuk mula mengalirkannya ke Lautan Pasifik. -Gambar fail/Reuters
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole

Tinggalkan kerjaya selesa demi dakwah Islam di bumi Jepun
Jurutera kanan di sebuah syarikat di Jepun itu sanggup meninggalkan kerjayanya yang mencecah gaji lima angka, demi menyahut seruan menyebarkan agama Islam di sana.

2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.

China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.

Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024
Penipu mencuri kira-kira 126.8 bilion yen (US$833 juta), meningkat 81.3 bilion yen berbanding 2023.

Jepun pertimbang terima penduduk Gaza untuk rawatan - PM Ishiba
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba, pada Isnin berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menawarkan bantuan perubatan di Jepun kepada penduduk Gaza.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

Jepun lancar Roket H3 pembawa satelit navigasi Michibiki
Jepun pada Ahad melancarkan satelit navigasi Michibiki dengan menggunakan Roket H3 No. 5 dari Pusat Angkasa Tanegashima di Wilayah Kagoshima.

Kadar tarif AS cetus kebimbangan global - Jepun
Menteri Kewangan Jepun Katsunobu Kato pada Ahad melahirkan kebimbangan serius terhadap kemungkinan kesan kadar tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas China, Kanada dan Mexico.

Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.