Aktivis sejarah mengkritik tindakan kerajaan India yang cuba menswastakan aset warisan sejarah India selepas melancarkan sebuah skim yang membenarkan mana-mana syarikat 'mengawal selia' pelbagai monumen ikonik negara itu sebagai
AFP melaporkan, ahli politik dari pihak pembangkang menyelar tindakan kerajaan naungan Perdana Menteri Narenda Modi yang dilihat seperti menyewakan monumen bersejarah mereka melalui pelan Adopt a Heritage yang menyaksikan 95 tempat bersejarah telah diambil alih oleh entiti swasta.
Sabtu lalu, Menteri Pelancongan India mengumumkan kontrak dengan syarikat konglomerat Dalmia Bharat selama lima tahun bernilai 250 juta rupee (RM14.5 juta) untuk menyewakan Kubu Merah (Red Fort) ikonik dan kubu lain di selatan Andhra Pradesh.
Kubu Merah yang dibina oleh Maharaja Mughal Shah Jahan pada tahun 1639 itu merupakan lokasi Perdana Menteri India membuat ucapan Hari Kemerdekaan setiap tahun, di samping tersenarai sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.
Kerajaan India bagaimanapun menegaskan kontrak yang diberikan menerusi pelan itu akan meliputi pembangunan, operasi baik pulih dan penyelenggaraan di sekitar Kubu Merah.
Dalam perjanjian itu, syarikat Dalmia Bharat dibenarkan untuk mengiklankan, menjual tiket atau mendapatkan wang dari hasil jualan di kawasan itu dengan pemantauan pihak kerajaan.
Pegawai kerajaan India bagaimanapun menegaskan syarikat berkenaan tidak akan mengambil keuntungan daripada skim berkenaan.
Tambahnya, segala hasil perlu digunakan untuk menambah baik taraf monumen.
Parti Kongress pembangkang bagaimanapun menyelar tindakan itu yang dilihat akan lebih banyak menggunakan dana dari kerajaan.
Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee sempat mengkritik di laman sosialnya: “Tidak ada data yang jelas menunjukkan angka yang bakal dibelanjakan oleh syarikat korporat itu. Ini kerana syarikat korporat dijangka akan menjana lebih banyak pendapatan, lebih daripada apa yang tertera di dalam kontrak”.
Setakat ini India mempunyai hampir 3,700 monumen bersejarah, temasuk 31 kawasan yang diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia.
AFP
Mon Apr 30 2018

Pelan Adopt a Heritage yang diperkenalkan bakal menyaksikan 95 tempat bersejarah telah diambil alih oleh entiti swasta. -Foto Reuters

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Lapan terbunuh selepas terjatuh dalam parit ketika perhimpunan politik di India
Nara Chandrababu Naidu dijadual berucap kepada sebilangan besar penyokongnya ketika jelajah politik berkenaan.

COVID-19: India sekali lagi catat peningkatkan kes baharu harian tertinggi
India sekali lagi merekodkan jumlah tertinggi kes baharu positif COVID-19 di negara itu dengan 66,999 kes.

Gara-gara kedai arak ditutup, 10 maut minum cecair sanitasi di India
Menurut pihak polis, orang yang ketagih alkohol mula mengambil cecair sanitasi susulan penutupan kedai arak.

Kerajaan India dikritik kerana projek 'menswastakan' Taj Mahal
Aktivis sejarah mengkritik tindakan kerajaan India yang cuba menswastakan aset warisan sejarah India selepas melancarkan sebuah skim.

Petani guna gambar pelakon lucah untuk tingkatkan hasil ladang
Kebiasaannya, petani menggunakan pelbagai helah untuk menyelamatkan hasil tanaman mereka daripada dicuri dan dimakan haiwan.

Lelaki hampir maut besi cerucuk tertusuk leher
Seorang lelaki di Andhra Pradesh, India terselamat setelah tertusuk batang besi cerucuk di lehernya.

Bayi maut digigit tikus di sebuah hospital India
Seorang bayi berumur 10hari maut selepas digigit seekor tikus di bahagian mata dan jari bayi berkenaan di Hospital kerajaan Guntur, Andhra Pradesh.