Kerajaan Indonesia sedang membuat perancangan untuk memecat sejuta Pegawai Negeri Sipil (PNS) sebagai usaha merasionalisasikan jumlah penjawat awam kerajaan negara itu.
Akhbar-akhbar tempatan hari ini memetik Menteri Pendayagunaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi, Yuddy Chrisnandi sebagai berkata dengan pemecatan itu, kerajaan menyasarkan untuk mempunyai sebanyak 3.5 juta penjawat awam menjelang tahun 2019.
Indonesia kini mempunyai 4.5 juta penjawat awam yang berkhidmat dengan kerajaan pusat dan kerajaan tempatan dan pemberhentian pekerja akan dibuat secara berperingkat.
"Nisbah PNS sekarang masih tinggi iaitu 1.7 peratus. Disebabkan itu dalam beberapa tahun ke depan akan kami kurangi hingga 1.5 peratus atau akan mengurangkan lebih sejuta PNS," katanya.
Beliau berkata pada 2019 akan ada 520,000 PNS yang bersara dan kerajaan hanya membuat pengambilan baharu bagi mengisi separuh kekosongan sahaja dan mereka yang terpilih adalah daripada kalangan yang mempunyai prestasi terbaik.
"Upaya kami dalam mengurangi nisbah PNS ini adalah melakukan moratorium PNS. Jumlah PNS yang bersara hanya diisi separuhnya saja," katanya lagi.
Yuddy berkata selain itu, kompetensi PNS juga akan ditingkatkan dengan pengambilan yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (S1) sebanyak 50-60 peratus, kelulusan Ijazah Sarjana (S2) ditingkatkan sebanyak 30-50 peratus manakala Ijazah Doktor Falsafah (S3) akan melebihi 10 peratus.
Katanya dengan pengambilan yang penjawat awam yang berkelulusan tinggi, kerajaan yakin mereka memberi daya saing yang tinggi.
Beliau juga menasihati penjawat awam supaya meningkatkan prestasi masing-masing jika tidak mahu tergolong dalam kumpulan sejuta PNS yang bakal dipecat.
Yuddy berkata golongan PNS yang menunjukkan prestasi yang baik tidak perlu bimbang kerana kerajaan hanya akan memecat mereka yang lemah dan bekerja di bawah paras prestasi sepatutnya dan yang bermasalah sahaja.
Mereka yang dipecat akan diberi ganjaran persaraan mengikut undang-undang dan kelayakan masing-masing.
Bernama
Fri Jun 03 2016

Mereka yang dipecat akan diberi ganjaran persaraan mengikut undang-undang dan kelayakan masing-masing. - Gambar hiasan

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.

'Tindakan sita Equanimity sah, ikut undang-undang'
Tindakan tersebut dibuat selepas Kerajaan Amerika Syarikat bersetuju agar Kerajaan Indonesia menyerahkan kapal tersebut kepada Malaysia.

Malaysia-Indonesia bincang isu gaji amah minggu depan
Kumpulan kerja bersama Malaysia dan Indonesia akan mengadakan pertemuan pada 15 dan 16 Okt ini di Jakarta untuk mencari penyelesaian kepada isu pembantu rumah dari republik itu.