TOKYO: Kerajaan Jepun meluluskan kit ujian darah mendiagnosis penyakit Alzheimer yang menyaksikan satu kemajuan yang jarang berlaku dalam menangani penyakit menjejaskan puluhan juta penduduk di seluruh dunia.
Memetik laporan CNA, Sysmex Corporation mengumumkan kini berusaha untuk mendapatkan kit yang berupaya mengukur pengumpulan protein yang menjadi penanda penyakit Alzheimer untuk berada di pasaran secepat mungkin.
Buat masa ini, kaedah sedia ada mendiagnosis Alzheimer melibatkan prosedur imbasan otak atau ketukan tulang belakang yang memerlukan kos yang mahal.
"Sysmex berjaya membangunkan teknologi mengenal pasti pengumpulan (beta amiloid) dalam otak dengan lebih cepat dan mudah sekaligus menyelesaikan isu dalam diagnosis penyakit Alzheimer.
"Tidak seperti kaedah ujian konvensional... (kit) menggunakan ujian dengan darah, sekaligus mengurangkan beban fizikal, emosi dan kewangan kepada pesakit," tambahnya.
Dalam pada itu, Persatuan Alzheimer yang berpangkalan di AS berkata keperluan mewujudkan alat diagnostik yang mudah, murah, tidak invasif dan mudah didapati seperti ujian darah untuk mendiagnosis penyakit amat mendesak.
"Pada masa hadapan, mereka berkemungkinan besar akan merevolusikan proses diagnostik untuk Alzheimer dan semua demensia lain," tulis persatuan Alzheimer di laman web.
Bulan lalu, data menunjukkan ubat baharu yang dipanggil lecanemab memperlahankan penurunan kognitif sebanyak 27 peratus dalam tempoh 18 bulan di kalangan pesakit Alzheimer.
Data berkenaan juga mendedahkan terdapat kesan buruk termasuk pendarahan dan bengkak otak, tetapi sebahagian besar usaha dipuji kerana menawarkan pilihan rawatan bagi mereka yang mempunyai penyakit kognitif degeneratif.
Faida Rahim
Fri Dec 23 2022

Persatuan Alzheimer yang berpangkalan di AS berkata keperluan mewujudkan alat diagnostik yang mudah, murah, tidak invasif dan mudah didapati seperti ujian darah untuk mendiagnosis penyakit amat mendesak. - Gambar hiasan
Harimau Malaya lawan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim - FAM
Perlawanan pertama Harimau Malaya di bawah kendalian Peter Cklamovski menentang Nepal akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor, pada 25 Mac.
[TERKINI] Faisal Halim kembali tersenarai dalam pasukan Harimau Malaya
Tiada pemain warisan baharu yang akan menyarung jersi Harimau Malaya menghadapi perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim bulan ini.

Semua SBP laksana bidang STEM - KPM
Semua sekolah berasrama penuh (SBP) sedang melaksanakan pakej bidang Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam usaha merealisasikan sasaran dasar 60 peratus murid dalam bidang STEM.

Malaysia menuju tenaga nuklear? Ini 5 faktor perlu diberi perhatian
Malaysia sedang mempertimbangkan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif, tetapi sebelum direalisasikan, ada beberapa faktor penting yang perlu diambil kira.

Dua lelaki positif dadah ditahan selepas pecut 7km dari polis
Cubaan dua lelaki dipercayai di bawah pengaruh dadah melarikan diri daripada polis sejauh tujuh kilometer berakhir apabila mereka akhirnya berjaya ditahan.
AWANI Ringkas: Ismail Sabri tiba di SPRM beri keterangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dua juruterbang tentera udara Korea Selatan didakwa atas insiden bom
Dua juruterbang pesawat tempur Tentera Udara Korea Selatan didakwa selepas siasatan mendapati kesilapan mereka menyebabkan pengeboman secara tidak sengaja di sebuah perkampungan.

Caruman i-Saraan berjumlah RM2.6 bln pada 2024 - Amir Hamzah
Jumlah keseluruhan caruman untuk program i-Saraan di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebanyak RM2.6 bilion pada 2024.

Hubungan dengan gadis bawah umur, Kim Soo Hyun keluar kenyataan minggu depan
Soo Hyun akan menjelaskan dan menjawab khabar angin yang dilemparkan dengan mengemukakan bukti yang jelas dan kukuh.
Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China
Porsche melaporkan penurunan keuntungan bersih sebanyak 30.3% kepada €3.6 bilion pada 2024.
Penghantaran kenderaan Porsche turun tiga peratus pada 2024, dengan penurunan ketara di China.
Hasil jualan susut 1.1 peratus kepada lebih €40 bilion, manakala keuntungan operasi merosot hampir 23 peratus kepada €5.64 bilion.
Penghantaran kenderaan Porsche turun tiga peratus pada 2024, dengan penurunan ketara di China.
Hasil jualan susut 1.1 peratus kepada lebih €40 bilion, manakala keuntungan operasi merosot hampir 23 peratus kepada €5.64 bilion.

Kerajaan Jepun lulus kit ujian kesan penyakit Alzheimer
Kerajaan Jepun meluluskan kit ujian darah mendiagnosis penyakit Alzheimer yang menyaksikan kemajuan yang jarang berlaku dalam menangani penyakit menjejaskan puluhan juta penduduk di seluruh dunia