Lima anak kapal dan dua bot nelayan diculik di perairan Sabah antara perkara yang perlu diberikan perhatian yang turut menyumbang kepada peningkatan serangan lanun sepanjang 2018, kata Dewan Perniagaan Biro Maritim Antarabangsa (IMB).
Namun, IMB dalam laporan tahunannya mendedahkan bahawa Teluk Guinea berdepan ancaman lanun terburuk dan semakin berbahaya bagi pelaut sepanjang tahun lalu.
Laporan serangan di perairan antara Ivory Coast dan Republik Demokratik Congo lebih dari dua kali ganda pada tahun 2018, menyumbang kepada kesemua enam rampasan di seluruh dunia, 13 daripada 18 kapal ditembak, 130 daripada 141 tebusan yang diambil di seluruh dunia, dan 78 daripada 83 pelaut diculik untuk tebusan.
Rantau ini menyaksikan kenaikan baru dalam keganasan pada suku terakhir 2018. Kapal-kapal telah dirampas oleh lanun di luar perairan wilayah, dengan anak-anak kapal diculik dan dibawa masuk ke Nigeria di mana mereka dipegang untuk tebusan.
"Terdapat keperluan mendesak untuk meningkatkan kerjasama dan perkongsian risikan antara negara-negara pantai Teluk Guinea supaya tindakan yang berkesan dapat diambil terhadap lanun, baik pada laut dan pantai di mana operasi mereka bermula dan berakhir," kata jurucakap IMB.
"Terdapat beberapa peningkatan dalam anggaran bilangan serangan yang tidak dilaporkan pada 2018 tetapi pada sekitar 48 peratus dan ia masih boleh diperbaiki," katanya lagi.
Laporan itu juga menyebut, dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun 2018, 41 penculikan dicatatkan di perairan di Nigeria sahaja. Pada 27 Oktober 2018, 11 krew diculik dari sebuah kapal kontena 70 batu nautika Pulau Bonny, Nigeria.
Dua hari kemudian, lanun Nigeria yang menggunakan bot laju merampas sebuah kapal tangki yang sedang belayar pada kedudukan 100 batu nautika dari Point Noire, Congo. Lapan daripada 18 krew kapal tangki itu diculik.
Ini hanyalah dua contoh terbaru tentang bagaimana penjenayah bersenjata semakin jauh ke laut dan menyasarkan pelbagai jenis kapal: pembawa pukal, kapal kontena dan kapal kargo umum selain serangan ke atas kapal tangki, kapal sokongan industri minyak dan kapal nelayan.
Biarpun tidak ada kapal yang dirampas di perairan Somalia, IMB tetap menggesa agar pihak berkuasa mengekalkan kawalan tahap yang tinggi dan mengikuti cadangan BMP terkini.
Selain itu terdapat keperluan untuk kehadiran berterusan Kesatuan Eropah dan tentera antarabangsa di sekeliling Horn of Africa.
Kawalan oleh Polis Marin Indonesia telah menyaksikan jumlah insiden yang jatuh untuk tahun ketiga berturut-turut. Majoriti 36 laporan Indonesia adalah kecurian tahap rendah.
Bagaimanapun, enam anak kapal telah dijadikan tebusan dan diancam, menunjukkan keperluan untuk pihak berkuasa negara tersebut lebih berhati-hati.
Di Filipina juga terdapat penurunan serangan lanun dimana 10 kejadian dilaporkan berlaku pada 2018 berbanding 22 pada 2017 dengan Pelabuhan Batangas menyumbang lima dari 10 serangan itu.
Dalam satu serangan, suspek militan menembak kapal kargo am. Tindakan segera anak kapal dan Pengawal Pantai Filipina menjamin keselamatan kapal, walaupun seorang anak kapal cedera akibat tembakan.
Amaran oleh PRC bagi pihak pihak berkuasa Filipina memberikan maklumat berharga kepada pihak berkuasa dan Ketua Pegawai Keselamatan (CSO), membantu menghalang serangan militan.
Sejak tahun 1991, Pusat Pelaporan lanun telah menyediakan kepada industri maritim, kerajaan dan agensi terbabit dengan data tepat pada masanya dan telus mengenai lanun dan insiden rompakan bersenjata - diterima secara langsung dari ketua kapal atau pemiliknya.
IMB terus menggesa kapten kapal dan pemilik dan kepentingan maritim lain untuk melaporkan semua aktiviti yang disyaki lanun dan insiden rompakan bersenjata ke RR IMB.
Ini merupakan langkah pertama dalam rantaian tindak balas dan ianya penting untuk memastikan sumber yang mencukupi diperuntukkan oleh pihak berkuasa untuk menangani jenayah ini.
Astro Awani
Wed Jan 16 2019
IMB terus menggesa kapten kapal dan pemilik dan kepentingan maritim lain untuk melaporkan semua aktiviti yang disyaki lanun dan insiden rompakan bersenjata ke RR IMB. - Gambar fail
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Angka serangan lanun paling rendah dalam tempoh 30 tahun pada awal tahun 2023
Bagi memastikan perlindungan terhadap lanun maritim dalam jangka panjang dan mampan, kerjasama global perlu terus ditingkatkan.
Keselamatan perairan Sabah masih perlu diberi perhatian, kata IMB
Namun, IMB dalam laporan tahunannya mendedahkan bahawa Teluk Guinea berdepan ancaman lanun terburuk dan semakin berbahaya bagi pelaut sepanjang tahun lalu.