JENIN: Awal pagi Ahad lalu, seorang warga Palestin Majda Qiblawi dan empat orang anak perempuannya dipaksa keluar dari rumah mereka di daerah Burqin barat Jenin dan diarah duduk di atas tanah di tepi jalan dalam keadaan hujan lebat ketika musim sejuk mula melanda Palestin.
Tentera penjajah kemudian merentap lengan anak lelaki tunggalnya, Abdullah, 21, yang menghidap sakit kronik dan mengheretnya keluar dari rumah dengan keadaan matanya ditutup dan tangan diikat.
Menceritakan detik hitam itu kepada Agensi Berita Palestin (WAFA), Majda berkata kira-kira pukul 7.30 pagi, sepasukan tentera zionis Israel cuba memecahkan pintu rumah dengan melontar bom dan melepaskan beberapa das tembakan sebelum menyerbu masuk.
"Kami sedang tidur ketika itu," kata Majda.
Sebelum itu tentera Israel melaungkan nama suaminya Rajeh supaya keluar dan menyerah diri atau mereka akan menembaknya, tetapi suaminya tiada di rumah ketika itu.
Suaminya, Rajeh Qiblawi, 40-an, anggota pimpinan pusat Barisan Demokratik bagi Pembebasan Palestin merupakan bekas tahanan tentera Israel yang dibebaskan September tahun lalu selepas dipenjara selama empat tahun.
"Tentera zionis masuk dengan biadab menyebabkan anak-anak perempuan saya ketakutan dan menangis," katanya.
Abdullah pernah mengalami kecederaan parah sebelum ini dan baru selesai menjalani beberapa siri pembedahan selain masih menerima rawatan.
Tentera Israel tetap menahannya tanpa rasa simpati dengan keadaannya yang masih lemah.
"Abdullah pernah kemalangan dan menjalani pembedahan membuang limpa, buah pinggang dan sebahagian paru-parunya, tahap kesihatannya tidak stabil dan masih bergantung kepada ubat tetapi mereka tidak mengendahkan semua itu.
"Puas saya merayu kepada mereka untuk benarkan dia mengambil ubat-ubatannya tetapi mereka tidak mengendahkan. Mereka tetap menyeretnya yang tidak lengkap berpakaian dan membawanya pergi.
"Mereka turut membiarkan saya dan empat anak perempuan saya, yang sulung berumur 14 tahun dan yang bongsu berumur tujuh tahun duduk di tepi jalan dalam keadaan hujan selama lebih sejam sambil dikawal ketat seorang tentera bersenjata," katanya.
Beliau berkata tentera zionis turut mengancam akan kembali semula untuk menahan suaminya dan mengugut membunuhnya jika tidak menyerah diri selain mengancam akan mengebom rumah mereka.
Sehingga kini beliau sekeluarga tidak mengetahui di mana Abdullah berada dan ke mana dia dibawa oleh tentera zionis.
Majda merayu kepada Majlis Hak Asasi Manusia dan institusi kemanusiaan antarabangsa untuk campur tangan segera bagi membolehkan bekalan ubatan yang diperlukan dihantar kepada anaknya.
Sejak sekian lama begitulah rutin harian kehidupan yang perlu dilalui warga Palestin.
Rakyat Palestin sering diacu dengan senapang, dilontar bom, dilayan dengan kasar dan biadab, situasi itu berlaku hampir di kesemua bandar, daerah dan kampung malah di sekitar kem pelarian Palestin di Tebing Barat, lapor WAFA.
Menurut WAFA serangan dan jenayah perang oleh Israel terus berlaku di Gaza dan Tebing Barat dengan tentera sengaja memusnahkan bangunan kediaman dan infrastruktur awam.
Sehingga kini, serangan rejim zionis Israel mengorbankan kira-kira 14,100 warga Palestin termasuk 5,840 kanak-kanak dan 3,920 wanita dengan lebih 33,000 cedera serta lebih 6,800 masih terperangkap di bawah runtuhan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2023

Diacu dengan senapang, dilontar bom, dilayan dengan kasar dan biadab. Situasi itu berlaku hampir di kesemua bandar, daerah dan kampung. - AP

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Culik kanak-kanak satu lagi kekejaman Israel yang perlu dilalui keluarga Palestin di Gaza
Menculik kanak-kanak berambut keperangan atas alasan kononnya mereka warga Israel yang ditahan di Gaza adalah satu lagi taktik kejam tentera Zionis.

Jumlah rakyat Palestin ditahan di penjara Israel melebihi 7,000
Ini termasuk lebih 200 remaja dan kanak-kanak, 78 wanita selain ratusan orang sakit dan cedera yang masih memerlukan rawatan.

Baitulmaqdis: Tentera Yahudi tembak mati 4 lagi penduduk Palestin
Tentera rejim Zionis telah menembak mati empat warga Palestin dan mencederakan 150 orang lagi dalam pertempuran dengan penduduk.