RAMALLAH: Serangan tanpa henti rejim Israel di Semenanjung Gaza memburukkan lagi krisis kesihatan mental kanak-kanak, apabila tiada lagi perkhidmatan kesihatan mental, menurut organisasi bukan kerajaan Save the Children.
"Israel terus membedil ribuan kawasan awam di Gaza sejak sebulan lalu, termasuk sekolah dan hospital yang telah menjejaskan kesihatan mental kanak-kanak," menurut organisasi itu dalam laman sesawang mereka.
Sejak lebih sebulan lalu, 4,008 kanak-kanak terbunuh manakala 1,270 kanak-kanak lain hilang, dipercayai terperangkap di bawah runtuhan.
Menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), infrastruktur awam terjejas termasuk 253 kemudahan pendidikan, 101 kemudahan kesihatan, 58 tempat ibadat, tiga kem pelarian dan lebih 40,000 unit kediaman.
Pakar perubatan di Gaza termasuk Medecins Sans Frontiers/Doctors without Borders menjelaskan bahawa kanak-kanak yang kehilangan anggota keluarga yang sedang dirawat semakin ramai dan mereka ini diletakkan di bawah kategori "WCNSF" (Wounded Child No Surviving Family), menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, pakar kesihatan mental Save the Children memberi amaran bahawa konflik di Gaza telah mendedahkan kanak-kanak kepada trauma.
"Tiada tempat selamat, tiada lagi jaminan keselamatan dengan ribuan orang hilang tempat tinggal.
"Kanak-kanak menghadapi pelbagai gejala trauma, termasuk kebimbangan, ketakutan, bimbangkan orang yang mereka kasihi, mimpi ngeri, insomnia dan memencilkan diri," menurut kenyataan itu.
Sejak sekatan darat, udara dan laut dikenakan pada 2007, hak kehidupan kanak-kanak di Gaza sudah dirampas, dihimpit dengan keganasan dan tiada lagi kebebasan yang hakiki.
Laporan yang diterbitkan oleh Save the Children pada Jun 2022 menunjukkan bahawa kesihatan mental kanak-kanak sudah mencapai tahap kritikal.
Sebanyak 80 peratus kanak-kanak dilaporkan sering berada dalam ketakutan, kebimbangan dan kesedihan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 13 2023
![Kesihatan mental kanak-kanak di Gaza kini di tahap kritikal - Save the Children Kesihatan mental kanak-kanak di Gaza kini di tahap kritikal - Save the Children](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697587789_PerangGaza.jpg)
Pakar kesihatan mental Save the Children memberi amaran bahawa konflik di Gaza telah mendedahkan kanak-kanak kepada trauma. -Reuters
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menolak sekeras-kerasnya sebarang rancangan pemindahan rakyat Palestin secara paksa.
![Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738911105_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza
Pemulihan dan pembangunan semula Gaza merupakan antara perkara utama dijangka dibincangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.
![Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738879165_TBJabaliya.jpg)
Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan
Menurut kementerian, jumlah korban termasuk seorang yang meninggal dunia akibat kecederaan dan dua lagi ditembak mati oleh tentera Israel.
![Trump mahu Gaza: Gunakan mekanisme bidang kuasa universal dakwa Netanyahu, Israel - CENTHRA Trump mahu Gaza: Gunakan mekanisme bidang kuasa universal dakwa Netanyahu, Israel - CENTHRA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81656909224_AzrilMohdAmin.jpg)
Trump mahu Gaza: Gunakan mekanisme bidang kuasa universal dakwa Netanyahu, Israel - CENTHRA
Mekanisme bidang kuasa universal boleh digunakan untuk mendakwa dan memastikan tindakan undang-undang dikenakan kepada Benjamin Netanyahu serta pegawai-pegawai Israel.
![Kaukus Palestin Parlimen Malaysia gesa segerakan mesyuarat CEAPAD Kaukus Palestin Parlimen Malaysia gesa segerakan mesyuarat CEAPAD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738840057_GazaPalestineHam.jpg)
Kaukus Palestin Parlimen Malaysia gesa segerakan mesyuarat CEAPAD
Kaukus Palestin Parlimen Malaysia menggesa agar Mesyuarat Persidangan Kerjasama Antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) yang pertama disegerakan bagi merangka strategi pembangunan Gaza.
![Gencatan senjata Gaza: Trump akan berdepan lebih banyak tentangan selepas Jordan, Arab Saudi - Penganalisis Gencatan senjata Gaza: Trump akan berdepan lebih banyak tentangan selepas Jordan, Arab Saudi - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Gencatan senjata Gaza: Trump akan berdepan lebih banyak tentangan selepas Jordan, Arab Saudi - Penganalisis
Amerika Syarikat dibawah kepimpinan Presiden Donald Trump akan berdepan dengan lebih banyak tentangan daripada masyarakat antarabangsa mengenai isu Palestin.
![Pendirian Malaysia terhadap Gaza sama dengan negara Islam lain - PM Anwar Pendirian Malaysia terhadap Gaza sama dengan negara Islam lain - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738746504_AnwarIbrahim.jpg)
Pendirian Malaysia terhadap Gaza sama dengan negara Islam lain - PM Anwar
Pendirian Malaysia sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.
![Budaya pandang sebelah mata kepada kesengsaraan Palestin perlu dibendung - MAPIM Budaya pandang sebelah mata kepada kesengsaraan Palestin perlu dibendung - MAPIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720272557_MAPIMSaniAraby.jpg)
Budaya pandang sebelah mata kepada kesengsaraan Palestin perlu dibendung - MAPIM
Budaya tidak cakna dan meletakkan sempadan kepada kesengsaraan rakyat Palestin perlu dibendung.
![Jepun pertimbang terima penduduk Gaza untuk rawatan - PM Ishiba Jepun pertimbang terima penduduk Gaza untuk rawatan - PM Ishiba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738647903_tbShigeruIshibaLD.jpg)
Jepun pertimbang terima penduduk Gaza untuk rawatan - PM Ishiba
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba, pada Isnin berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menawarkan bantuan perubatan di Jepun kepada penduduk Gaza.
![Qatar lancar jambatan udara dari Jordan salur bantuan ke Gaza Qatar lancar jambatan udara dari Jordan salur bantuan ke Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738620448_TBMedicalSupplies.jpg)
Qatar lancar jambatan udara dari Jordan salur bantuan ke Gaza
Sejak bermulanya gencatan senjata Gaza, Qatar telah menghantar 65 trak bantuan merentasi sempadan Jordan.