WASHINGTON: Arab Saudi melahirkan kebimbangan berhubung ketegangan di Laut Merah yang boleh meningkatkan konflik di rantau itu.
Justeru, Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan menyeru agar ketegangan itu dikurangkan kerana ia mengundang bahaya di rantau berkenaan.
Serangan oleh kumpulan Houthi yang bersekutu dengan Iran ke atas kapal-kapal di dalam dan sekitar Laut Merah sejak beberapa minggu lalu telah memperlahankan perdagangan antara Asia dan Eropah dan mencemaskan kuasa besar dalam peningkatan perang di Gaza.
Putera Faisal berkata, Arab Saudi percaya kepada kebebasan pelayaran dan mahu ketegangan di rantau itu dikurangkan.
Katanya, Arab Saudi perlu melindungi keselamatan dan kestabilan rantau itu dan fokus kini adalah untuk mengurangkan ketengangan.
Houthi, yang menguasai sebahagian besar Yaman berkata, serangan mereka adalah sebagai solidariti dengan rakyat Palestin yang diserang Israel di Gaza.
Sejak minggu lalu, Amerika Syarikat (AS) telah melancarkan serangan terhadap Houthi di Yaman dan minggu ini mengembalikan kumpulan itu ke senarai kumpulan 'pengganas'.
Konfrontasi itu berisiko meluaskan konflik di luar Gaza yang ditadbir Hamas, di mana Kementerian Kesihatan tempatan mengatakan lebih 24,000 orang telah terbunuh dalam serangan Israel.
Astro Awani
Sun Jan 21 2024

Putera Faisal bin Farhan menyeru agar ketegangan itu dikurangkan kerana ia mengundang bahaya di rantau berkenaan. - Foto X/@AJEnglish

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.

Ketegangan di Laut Merah berbahaya - Arab Saudi
Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan menyeru agar ketegangan itu dikurangkan kerana ia mengundang bahaya di rantau berkenaan.

Arab Saudi sedia iktiraf Israel jika isu Palestin diselesaikan
Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan berkata demikian di Forum Ekonomi Dunia yang berlangsung di Davos.

Menteri Luar Saudi adakan lawatan pertama ke Syria sejak 12 tahun
Lawatan dibuat beberapa hari selepas Menteri Luar Syria Faisal Mekdad melawat Arab Saudi sebagai sebahagian usaha memulih hubungan.

Malaysia, Arab Saudi setuju muktamadkan rundingan bagi majlis penyelarasan kerjasama dua hala - Zambry
Isu itu merupakan topik perbincangan utama bersama rakan sejawatannya dari Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan pada hari kedua lawatan.

Lawatan Putera Faisal menandakan momentum baharu dalam hubungan M'sia-Saudi - Saifuddin
Kunjungan Putera Faisal itu menjadi bukti hubungan kukuh yang terjalin lama antara kedua-dua negara dan dalam mesyuarat dua hala.

Malaysia alu-alukan Arab Saudi manfaatkan penyertaan negara dalam RCEP - MITI
Malaysia dan Arab Saudi mengesahkan komitmen masing-masing untuk mengukuhkan perdagangan dua hala ke tahap yang lebih tinggi.

PM terima kunjungan sulung Menteri Luar Arab Saudi, bincang kerjasama dua hala
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima kunjungan sulung Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan pada Rabu.