PUTRAJAYA: Malaysia mengalu-alukan perkembangan terkini di Yaman yang bertujuan mencari penyelesaian jangka panjang terhadap konflik yang berlarutan di negara itu, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Selasa.
Malaysia percaya perbincangan di Sana'a baru-baru ini demi mencari kata sepakat mengenai gencatan senjata antara Arab Saudi dan Houthi, manakala Kesultanan Oman selaku perantara adalah satu langkah tepat untuk mewujudkan persekitaran kondusif dalam usaha berterusan menamatkan konflik di negara itu.
"Dialog bermakna yang berlangsung pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan minggu lepas sememangnya satu perkembangan yang sangat ketara dan telah membuka jalan kepada pertukaran banduan antara kedua-dua belah pihak pada 8 April.
"Malaysia berharap perkembangan positif di Yaman baru-baru ini akhirnya akan menyumbang ke arah kehidupan yang lebih baik untuk rakyat serta meningkatkan keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini," menurut Wisma Putra.
Malaysia kekal bersolidariti dengan rakyat Yaman dan akan terus menyokong semua usaha ke arah penyelesaian yang berkekalan dan aman bagi konflik itu.
Jumaat lalu (15 April), Arab Saudi dan Houthi melakukan pertukaran berskala besar melibatkan hampir 900 tahanan di tengah-tengah rundingan damai yang menimbulkan harapan untuk menamatkan perang lapan tahun Yaman, menurut Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa ( ICRC).
Menurut laporan antarabangsa, langkah itu disambut baik oleh Duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Yaman, Hans Grundberg sambil berkata; "Operasi pembebasan ini tepat pada masanya buat Yaman sebagai peringatan bahawa dialog yang membina dan kesepakatan bersama adalah alat berkuasa yang mampu mencapai hasil yang hebat."
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 18 2023
![Konflik di Yaman: Malaysia alu-alukan perkembangan positif antara Arab Saudi, Houthi Konflik di Yaman: Malaysia alu-alukan perkembangan positif antara Arab Saudi, Houthi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681831782_yaman.jpg)
Kesultanan Oman selaku perantara adalah langkah tepat untuk mewujudkan persekitaran kondusif dalam usaha menamatkan konflik di Yaman. - AP
Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM
Tiga selebriti yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didapati tidak terlibat menguruskan sebarang kegiatan milik syarikat perunding kewangan yang terbabit dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia
Berita sedih mengenai pemergian anak bongsu pasangan itu, dikongsi oleh Zaquan, yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan di Instagram Story pada Selasa petang.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739269897_MaritimMalaysia.jpg)
APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan
APMM Selangor menahan lima lelaki Myanmar termasuk seorang tekong bot nelayan kerana menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan di kedudukan 9.2 batu nautika barat daya Pulau Tengah, semalam.
![Kepengerusian ASEAN platform Malaysia terajui pembangunan keselamatan siber - Ahli akademik Kepengerusian ASEAN platform Malaysia terajui pembangunan keselamatan siber - Ahli akademik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615523534_Nirwandy.jpg)
Kepengerusian ASEAN platform Malaysia terajui pembangunan keselamatan siber - Ahli akademik
Diplomasi keselamatan siber boleh merapatkan jurang literasi digital dari segi keselamatan siber dalam kalangan negara ASEAN.
![Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739269639_KempenKeselamatanI.jpg)
Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam
Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan universiti awam di seluruh negara.
![ISN ibarat jantung sukan negara - Atlet ISN ibarat jantung sukan negara - Atlet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739285769_TBISN.jpg)
ISN ibarat jantung sukan negara - Atlet
Atlet turut berasakan teknologi yang sentiasa berkembang di ISN banyak membantu perjalanan karier mereka.
![Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739271831_ICQS.jpg)
Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala
Projek jajaran jalan yang menghubungkan kemudahan ICQS Bukit Kayu Hitam dengan CIQ Sadao di Thailand dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.
![Data kanak-kanak British yang maut mungkin telah dipadamkan, kata ketua TikTok Data kanak-kanak British yang maut mungkin telah dipadamkan, kata ketua TikTok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719640936_TikTok.jpg)
Data kanak-kanak British yang maut mungkin telah dipadamkan, kata ketua TikTok
Keluarga empat kanak-kanak itu telah memfailkan saman terhadap TikTok dan syarikat induknya, ByteDance, di Amerika Syarikat.
![Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739055880_tbCongoconflictD.jpg)
Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo
Pemimpin beberapa negara Afrika berhimpun di Tanzania dalam usaha menamatkan pertempuran di timur Congo.
![Krisis di Myanmar perlu ditangani dengan berhati-hati - Mohamad Krisis di Myanmar perlu ditangani dengan berhati-hati - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738945634_MohamadHasan.jpg)
Krisis di Myanmar perlu ditangani dengan berhati-hati - Mohamad
Mohamad menekankan keperluan ketelitian dalam menangani isu tersebut, mengambil kira sifat konflik yang kompleks.
![Singapura hantar bantuan kemanusiaan ketujuh ke Gaza Singapura hantar bantuan kemanusiaan ketujuh ke Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738683978_MenteriLuarSingapur.jpg)
Singapura hantar bantuan kemanusiaan ketujuh ke Gaza
Pengaturan penghantaran bantuan telah disahkan dengan Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi.
![Mesir tegas Gaza dibina semula tanpa pengusiran rakyatnya Mesir tegas Gaza dibina semula tanpa pengusiran rakyatnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737558279_GazaPalestineHam.jpg)
Mesir tegas Gaza dibina semula tanpa pengusiran rakyatnya
Mesir mendedahkan ia mempunyai visi untuk pembinaan semula Gaza tanpa memindahkan rakyat Palestin dari wilayah mereka.
![Kyiv tidak bersedia adakan rundingan damai - Putin Kyiv tidak bersedia adakan rundingan damai - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715268640_tbVladimirPutin.jpg)
Kyiv tidak bersedia adakan rundingan damai - Putin
Putin menjelaskan bahawa rundingan sukar kerana, menurutnya, mandat Zelenskyy sebagai presiden telah tamat.
![PBB pindah kakitangan dari Goma berikutan peningkatan pertempuran di timur Congo PBB pindah kakitangan dari Goma berikutan peningkatan pertempuran di timur Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737888000_tbpbbcongo.jpg)
PBB pindah kakitangan dari Goma berikutan peningkatan pertempuran di timur Congo
Menurut PBB, langkah berjaga-jaga itu diambil bagi melindungi kakitangannya sambil memastikan operasi penting di rantau itu tidak terganggu.
![Kerjasama global terbantut selepas berada dalam aliran meningkat selama sedekad - WEF Kerjasama global terbantut selepas berada dalam aliran meningkat selama sedekad - WEF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719389703_WEFWEFWorldEc.jpg)
Kerjasama global terbantut selepas berada dalam aliran meningkat selama sedekad - WEF
Walaupun terdapat krisis keselamatan global, momentum positif dalam kewangan iklim, perdagangan dan inovasi telah memberikan sedikit harapan.
![60,000 lagi Rohingya masuk Bangladesh di tengah konflik memuncak di Myanmar 60,000 lagi Rohingya masuk Bangladesh di tengah konflik memuncak di Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712138790_etnikRohingya.jpg)
60,000 lagi Rohingya masuk Bangladesh di tengah konflik memuncak di Myanmar
Berikutan konflik yang semakin meruncing antara kerajaan junta dan Tentera Arakan di Myanmar, kira-kira 60,000 pelarian Rohingya dilaporkan memasuki Bangladesh dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi bercampur-campur di Wall Street Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi bercampur-campur di Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704366949_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi bercampur-campur di Wall Street
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dalam persekitaran prestasi bercampur-campur di Wall Street.
![Sidang Kemuncak G20: PM Anwar ‘jentik’ negara kaya, kritik ‘dasar yang tersasar’ Sidang Kemuncak G20: PM Anwar ‘jentik’ negara kaya, kritik ‘dasar yang tersasar’](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731977479_TBAnwarIbrahim.jpg)
Sidang Kemuncak G20: PM Anwar ‘jentik’ negara kaya, kritik ‘dasar yang tersasar’
Anwar kritik -dasar tersasar- negara kaya yang memperuntukkan dana besar untuk senjata dan peperangan, berbanding memenuhi keperluan asas manusia.