SADAO: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, rakan sejawatnya di Thailand, Srettha Thavisin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Malaysia atas bantuan menyelamatkan tawanan rakyat negara itu dalam konflik yang berlaku di Gaza.
Menurutnya, beliau telah memaklumkan bahawa Malaysia telah melakukan yang terbaik berdasarkan kemampuan yang ada di mana kebijaksanaan yang dimiliki Hamas dan Mesir telah banyak membantu ke atas usaha membebaskan tawanan yang terlibat.
"Perdana Menteri Srettha juga mengucapkan terima kasih, khas kepada kita kerana bantuan kita sedayanya untuk menyelamatkan tawanan orang Thailand di bawah penguasaan Hamas yang terlibat dalam konflik Israel-Palestin.
"Saya kata kita hanya cuba setakat kemampuan kita, tetapi kebijaksanaan Hamas dan Mesir yang telah memberikan laluan kepada mereka untuk dibebaskan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mengadakan lawatan ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao dan tapak titik pertemuan Projek Jajaran Jalan Menghubungkan pusat pemeriksaan Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di Malaysia bersama Perdana Menteri Thailand, pada Isnin.
Terdahulu, menerusi laporan media Thailand, tiga lagi rakyat negara itu yang menjadi tawanan di Gaza telah dibebaskan menjadikan jumlah keseluruhan tawanan yang dibebaskan melibatkan warga Thailand sebanyak 17 orang.
Abd Hadi Che Awang
Mon Nov 27 2023

Anwar berkata, Malaysia telah melakukan yang terbaik berdasarkan kemampuan yang ada di mana kebijaksanaan yang dimiliki Hamas dan Mesir telah banyak membantu ke atas usaha membebaskan tawanan yang terlibat. - Gambar Astro AWANI
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Konflik Palestin-Israel: PM Thailand zahir ucapan terima kasih kepada Malaysia - Anwar
Anwar memaklumkan, Srettha Thavisin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Malaysia atas bantuan menyelamatkan tawanan rakyat negara itu dalam konflik yang berlaku di Gaza.