BATU PAHAT: Konflik ketenteraan di antara Russia dengan Ukraine perlu diselesaikan sama ada melalui proses rundingan, timbang tara atau Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Menurutnya, Malaysia sejak dari dahulu berjuang untuk mengharamkan peperangan.
"Kita tidak boleh menyokong negara yang menggunakan peperangan untuk menyelesaikan masalah," katanya yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) selepas menghadiri Program Aspirasi Johor di Felda Ayer Hitam di sini hari ini.
Dr Mahathir yang masih dalam tempoh rawatan, turun padang berkempen membantu Pejuang yang meletakkan calon di 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 56 yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Khamis lalu, Presiden Rusia Vladimir Putin mengerahkan tenteranya menyeberang sempadan negara itu dengan Ukraine untuk melaksanakan "operasi ketenteraan khas" di negara jirannya itu.
SEMUA MENGENAI KRISIS RUSIA-UKRAINE DI SINI
Bagaimanapun kemaraan tentera Russia di Ukraine mendapat tentangan hebat daripada anggota tentera negara itu.
Pada Isnin, pegawai-pegawai Kyiv dan Moscow mengadakan rundingan di sempadan Ukraine-Belarus dalam usaha mencari jalan penyelesaian terhadap konflik ketenteraan itu, tetapi gagal menemui sebarang titik persetujuan.
Sementara itu, mengenai dakwaan yang mengaitkan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan suaminya dengan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Dr Mahathir berkata tuduhan itu perlu disiasat.
"Perkara seperti ini perlu disiasat supaya kita dapat tentukan benar atau tidak Zeti terlibat dengan perbuatan ini," kata bekas Perdana Menteri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 03 2022

Dr Mahathir berkata, Malaysia sejak dari dahulu berjuang untuk mengharamkan peperangan. - Gambar fail
Kerajaan Pulau Pinang zahir ucapan takziah buat keluarga ADUN Ayer Kuning
Kerajaan Pulau Pinang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia ketika menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town pada Sabtu.
ADUN Ayer Kuning meninggal dunia serangan jantung - Polis
Polis Pulau Pinang mengesahkan punca kematian ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia semasa menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town pada Sabtu disebabkan serangan jantung.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Februari 2025.

'Babah sangat menjaga kesihatan dan selalu berjoging' - Anak Ishsam
Menurut Muhammad Iszul Imadi, Allahyarham bapanya tidak menunjukkan apa-apa perubahan dan petanda luar biasa.

Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.

AS salur bantuan tambahan bernilai AS$300 juta kepada Ukraine
Presiden Joe Biden meluluskan pakej ketenteraan baru bernilai AS$300 juta untuk Ukraine, merangkumi peluru untuk dron dan persenjataan.

China akan hantar wakil khas ke Ukraine: Xi maklumkan kepada Zelenskyy dalam perbualan telefon
China konsisten dan jelas dalam kesediaannya untuk membangunkan hubungan dua hala dengan Ukraine, kata Xi kepada Zelenskyy.

Jawatankuasa Olimpik Afrika sokong atlet Rusia dan Belarus bertanding di bawah bendera neutral
Ahli ANOCA sebulat suara memutuskan untuk menyokong penyertaan atlet Rusia dan Belarus dalam semua pertandingan antarabangsa.

Rusia mahu tamatkan krisis di Ukraine secepat mungkin - Menteri Luar
Melindungi nyawa askar dan orang awam adalah keutamaan bagi Moscow, kata Lavrov.

Zelensky berucap kepada rakyat Ukraine sempena Hari Natal
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky meminta rakyatnya untuk kekal tabah berdepan serangan.

Amaran serangan udara diaktifkan seluruh Ukraine pada Sabtu
Dengan menggunakan saluran komunikasi, pegawai tempatan meminta orang ramai mencari tempat perlindungan.

Tiga sidang kemuncak serantau dijangka dapat bantu akhiri krisis Ukraine - TPM Thailand
Ia pertama kali seumpamanya membabitkan pihak-pihak berkepentingan berkumpul sebagai peserta di tiga lokasi di Asia Tenggara.
![[KOLUMNIS] Ekonomi Ayam - Mesti ada 'common-sense, make sense' [KOLUMNIS] Ekonomi Ayam - Mesti ada 'common-sense, make sense'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81656566323_ayam.jpg)
[KOLUMNIS] Ekonomi Ayam - Mesti ada 'common-sense, make sense'
Sejak bermulanya peperangan Russia-Ukraine pada tahun ini, harga makanan global telah meningkat lagi sebanyak 12%.

Rusia bakal tinggalkan ISS selepas 2024
Rusia akan beri tumpuan kepada usaha membina pos luar orbitnya sendiri.

Rusia nafi serang pelabuhan Ukraine selepas perjanjian mengenai bijirin - Menteri Turkiye
Pihak berkuasa Rusia memaklumkan ia tidak terlibat dalam serangan ini serta sedang meneliti isu itu dengan terperinci.