WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu meluluskan rang undang-undang perbelanjaan jangka pendek bagi memastikan kerajaan masih dapat beroperasi dalam masa terdekat.
Rang undang-undang itu telah dikemukakan kepada Presiden Joe Biden untuk ditandatangani.
Undian 88-9 menyaksikan sokongan dwipartisan, meskipun mendapat kritikan Republikan yang menuntut pemotongan perbelanjaan, lapor Agensi Anadolu.
Dewan Perwakilan sebelum ini meluluskan langkah tambahan 45 hari untuk membiayai kerajaan persekutuan, dengan undian 335-91.
Rang undang-undang stopgap itu, bertindak sebagai resolusi berterusan bagi memastikan kerajaan persekutuan mendapat pembiayaan pada tahap yang sama seperti tahun fiskal 2023.
"Rakyat Amerika boleh menarik nafas lega. Tidak akan ada penutupan kerajaan.
Demokrat telah berkata dari awal bahawa satu-satunya penyelesaian untuk mengelakkan penutupan menerusi dwipartisan dan kami gembira kerana Speaker (Kevin) McCarthy akhirnya mengambil berat tentang mesej kami," kata Ketua Majoriti Senat Chuck Schumer.
Speaker Dewan Rakyat Kevin McCarthy kini mungkin menghadapi usaha dari sayap kanan untuk menggulingkannya.
"Jika seseorang mahu menyingkirkan saya kerana saya mahu menjadi individu yang matang di dalam dewan, silakan cuba. Tetapi saya rasa negara ini terlalu penting.
"Jika saya terpaksa mempertaruhkan tugas saya untuk membela rakyat Amerika, saya akan melakukannya," katanya.
Ahli Parlimen mempunyai masa hingga tengah malam Sabtu untuk meluluskan rang undang-undang itu untuk mengelakkan penutupan kerajaan.
Biden dijangka menandatangani rang undang-undang itu secepat mungkin untuk membolehkan pembiayaan kerajaan sehingga 17 Nov dan termasuk tambahan US$16 bilion bagi bantuan bencana.
Andai penutupan kerajaan berlaku, itu bermakna empat juta kakitangan kerajaan persekutuan akan diberhentikan atau terpaksa tinggal di rumah tanpa gaji, manakala petugas perkhidmatan lain yang penting terpaksa bekerja tanpa gaji, termasuk 1.3 juta anggota perkhidmatan aktif serta penguatkuasa undang-undang persekutuan dan pengawal trafik udara.
Pelbagai perkhidmatan kerajaan juga akan terhenti serta-merta.-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2023

Senat AS pada Sabtu meluluskan rang undang-undang perbelanjaan jangka pendek bagi memastikan kerajaan masih dapat beroperasi dalam masa terdekat. -Gambar fail/AP
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Senat AS sahkan Hegseth sebagai Setiausaha Pertahanan
Senat Amerika Syarikat (AS) meluluskan pelantikan bekas hos Fox News dan veteran tentera, Pete Hegseth, sebagai Setiausaha Pertahanan.

Kongres AS lulus rang undang-undang perbelanjaan elak penutupan kerajaan
Rang undang-undang stopgap itu, bertindak sebagai resolusi berterusan bagi memastikan kerajaan persekutuan mendapat pembiayaan pada tahap yang sama seperti tahun fiskal 2023.

Senat AS lulus pakej bantuan COVID-19 berjumlah AS$1.9 trilion
Penggubalan rang undang-undang pakej rangsangan kedua terbesar dalam sejarah AS ini memberikan kemenangan pertama kepada Presiden Joe Biden.

Senat Amerika ingin percepatkan pembukaan semula kerajaan
Senat Amerika Syarikat akhirnya mencapai persetujuan untuk mempercepatkan pembukaan semula operasi kerajaan selepas ditutup 16 hari.