BEIJING: Seorang guru dipecat selepas mengarahkan murid tadika untuk mencium kakinya sebelum menyiarkan gambar perbuatan tidak senonoh itu di laman sosial WeChat.
Tindakan guru tadika itu yang dikenali dengan nama keluarga Liu mengundang padah apabila perkara itu menjadi tular di laman sosial Weibo.
Akibatnya, guru yang mengajar di rangkaian prasekolah RYB Education di tenggara China itu dipecat dan ditahan reman selama seminggu.
Memetik laporan media antarabangsa, dalam kejadian tersebut, guru lelaki itu memuat naik tiga keping gambar di aplikasi WeChat memaparkan kanak-kanak tersebut sedang memegang kakinya manakala, kedua-dua tangannya pula menekan hidung kanak-kanak itu ke tapak kakinya.
“Cium, cium betul-betul,” tulis kapsyen pada gambar itu.
Dia bagaimanapun menutup komen serta menyekat ibu bapa dan guru lain.
Siasatan awal jabatan pendidikan mendapati kejadian itu berlaku selepas lelaki berkenaan menanggalkan kasutnya sebelum membawa murid ke kawasan permainan pada Isnin.
Mangsa kemudian mendakwa kaki gurunya itu berbau.
Liu kemudian mencium kakinya sebelum mengarahkan kanak-kanak itu melakukan perkara sama serta merakam gambarnya.
Sementara itu, pemerintah wilayah Ruijin telah mengeluarkan amaran kepada tadika tersebut dan memerintahkannya untuk memecat Liu.
Agensi
Thu Apr 15 2021
Kejadian berlaku selepas murid itu mendakwa kaki gurunya berbau selepas dia menanggalkan kasut. -SCMP
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa – 21 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Parlimen bakal anjur program lahir generasi lebih peka fungsi Parlimen
Parlimen Malaysia akan mengadakan program dengan usahama sekolah-sekolah menengah luar bandar dalam misi untuk terus merakyatkan institusi parlimen.
Hanya 30 peratus anggota bomba Pulau Pinang dibenarkan cuti Tahun Baharu Cina
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang hanya membenarkan 30 peratus daripada 935 pegawai dan anggotanya bercuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Agenda AWANI: Trump 2.0 | Jangkaan awal
Dengan kembali ke Rumah Putih, Donald Trump sebagai Presiden AS ke-47 dijangka melaksanakan beberapa langkah kontroversi sebagai janjinya untuk menjadikan Ámerika Hebat Kembali’. Sejauh mana ia signifikan untuk hubungan antarabangsa? Diskusi 9 malam
AWANI Tonight | 20 Jan 2025
AWANI Tonight | 20 Jan 2025
KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.
Sze Fei-Nur Izzuddin disaran lebih selektif pilih kejohanan - Razif
Beregu nombor satu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani disaran supaya hanya mengambil bahagian dalam kejohanan peringkat tertinggi yang berstatus sekurang-kurangnya Super 750.
Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.
Konon 'mendidik', guru arah murid tadika cium kakinya dipecat
Tindakan guru tadika itu yang dikenali dengan nama keluarga Liu mengundang padah apabila perkara itu menjadi tular di laman sosial Weibo.