TAIPEI: Letupan gas di sebuah gedung beli-belah di Taichung, Taiwan, sekitar 11 pagi Khamis mengakibatkan lima maut, manakala 13 lagi cedera.


Ringkasan AI
  • Letupan gas di sebuah gedung beli-belah di Taichung, Taiwan, sekitar 11 pagi Khamis mengorbankan lima orang dengan 13 yang lain cedera.
  • Insiden berlaku di bahagian medan selera yang masih dalam pembinaan.
  • Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dengan bantuan pihak bomba tempatan, dan siasatan bagi mengenal pasti punca letupan masih diteruskan.


Insiden itu berlaku di bahagian medan selera gedung Shin Kong Mitsukoshi yang masih dalam pembinaan, lapor Xinhua.


Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dengan bantuan pihak bomba tempatan.

Siasatan bagi mengenal pasti punca letupan masih diteruskan.

-- BERNAMA