SEOUL: Korea Selatan menggantung lesen perubatan dua doktor dalam tindakan punitif pertama ke atas mogok selama sebulan yang menyebabkan kekacauan dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan di negara itu.
Dua pegawai dari Persatuan Perubatan Korea (KMA), dimaklumkan lesen mereka terpaksa digantung selama tiga bulan kerana mencetuskan mogok.
Jurucakap KMA, Lee Seok Young berkata, kedua-dua pegawai itu, masing-masing Kim Taek-Woo dan Park Myung-Ha menerima notis itu pada Selasa.
Jurucakap Kementerian Kesihatan memberitahu, kerajaan tidak akan memberikan pengesahan mengenai tindakan pentadbiran khusus yang diambil terhadap doktor berkenaan.
KMA sebelum ini menuduh kerajaan menggunakan taktik campur tangan untuk cuba memaksa doktor kembali bekerja dan berkata ia mengubah negara itu menjadi 'totalitarian'.
Di bawah undang-undang Korea Selatan, doktor dilarang mogok dan kerajaan sudah meminta polis menyiasat individu di sebalik peletakan jawatan beramai-ramai termasuk pegawai di KMA.
Timbalan Menteri Kesihatan, Park Min Soo berkata, kerajaan amat kesal dengan keadaan semasa di mana profesor juga sedang mempertimbangkan untuk meletak jawatan mengikut jejak doktor pelatih.
Katanya, sekali lagi, kerajaan bersedia untuk berbincang dengan komuniti perubatan pada bila-bila masa tanpa syarat walaupun Seoul sudah menekankan bahawa meninggalkan pelan pembaharuan bukan satu pilihan.
Seoul mendesak untuk memasukkan 2,000 lagi pelajar ke sekolah perubatan setiap tahun mulai tahun depan bagi menangani nisbah doktor kepada penduduk terendah dalam kalangan negara maju.
Beribu-ribu doktor pelatih berhenti kerja pada 20 Februari lalu bagi membantah reformasi tersebut, memaksa hospital membatalkan rawatan dan pembedahan penting termasuk kemoterapi dan Caesarean.
Kerajaan berkali-kali menggesa doktor berkenaan untuk kembali membantu pesakit, memberi amaran tindakan undang-undang akan dikenakan tetapi kebuntuan semakin berlarutan apabila doktor kanan kini mengancam untuk menyertai mogok tersebut.
Doktor terbabit bimbang pembaharuan yang dilakukan kerajaan akan menghakis kualiti perkhidmatan dan pendidikan perubatan, tetapi penyokong rancangan itu menuduh mereka hanya cuba melindungi gaji dan status sosial mereka.
Astro Awani
Thu Mar 21 2024

Ahli Persatuan Kesihatan Wilayah Gyeonggi yang menyertai protes terhadap polisi kesihatan kerajaan di Seoul, Korea Selatan. - Foto AP

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Persidangan Antarabangsa MAAFIM 2023 beri ilmu kepada pakar perubatan
Bertemakan 'Kaedah Yang Lebih Baik', lebih 350 pengamal perubatan dan peserta tempatan dan antarabangsa terlibat dalam persidangan itu kali ini.

Hartal Doktor Kontrak: Penambahan 4,186 jawatan tetap di KKM, satu perkembangan positif
Pengambilan itu memberi suntikan moral kepada petugas barisan hadapan itu untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan mendapatkan masa depan lebih cerah dalam bidang perubatan di negara ini.

Hartal Doktor Kontrak: Beri perhatian, selesaikan tuntutan mereka - Anwar
Anwar mendesak kerajaan menyelesaikan isu Hartal Doktor Kontrak yang menyaksikan pegawai perubatan mengadakan tunjuk perasaan secara aman di seluruh negara hari ini.

WHO lancar piagam tingkat kadar keselamatan pekerja kesihatan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melancarkan sebuah piagam menggesa negara-negara meningkatkan langkah keselamatan melindungi pekerja sektor kesihatan.

Balu kepada doktor temui COVID-19 terima 'hadiah terakhir' dari suami
Balu kepada seorang doktor yang pernah memberi amaran tentang penularan wabak virus pembunuh COVID-19, Dr. Li Wenliang, selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

Noor Hisham minta petugas terus tabah, jaga keselamatan diri
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyeru petugas kesihatan agar terus tabah dan sentiasa menjaga keselamatan diri kerana mereka perlu terus memikul tanggungjawab penting dalam memerangi pandemik COVID19

COVID-19: Dalam menempuh cabaran ini, setiap daripada kita ialah wira!
Setiap profesion malah setiap orang dari pelbagai lapisan usia dan latar kerjaya memainkan peranan berdasarkan skop tugas masing-masing dalam tempoh ujian ini.

MyFundAction sumbang 1,242 smile pack kepada petugas barisan hadapan
Petugas barisan hadapan terutamanya doktor dan jururawat sudah tentu berdepan detik sukar dalam membantu pesakit dijangkiti Covid-19 di seluruh negara.

WHO puji kesiapsiagaan Malaysia tangani COVID-19 - Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan WHO memuji kesiapsiagaan dan keupayaan Malaysia dalam menangani wabak COVID-19.

Lelaki gila seks menyamar sebagai doktor diberkas polis
Lelaki gila seks menyamar sebagai doktor diberkas polis