SEOUL: Kerajaan Korea Selatan mengguna pakai kaedah paling ketat untuk mengesan kemungkinan radiasi dalam import makanan laut dari Jepun bagi memastikan tiada kesan bahan berbahaya akan dibenarkan.
"Kerajaan sekali lagi menegaskan bahawa rakyat tidak perlu bimbang tentang keselamatan makanan laut di atas meja," kata Timbalan Ketua Pertama Pejabat Penyelarasan Dasar Kerajaan, Park Ku Yeon, semasa taklimat harian mengenai isu Fukushima pada Khamis, lapor Yonhap.
Park menjelaskan bahawa pihak berkuasa makanan dan dadah memeriksa dengan teliti dokumen asal kesemua makanan laut yang diimport dari luar negara, termasuk dari wilayah Fukushima.
Korea Selatan mengharamkan semua import makanan laut dari lapan wilayah Jepun berhampiran Fukushima pada 2013 atas kebimbangan terhadap tahap pencemaran akibat kerosakan loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi pada 2011.
"Apabila produk itu dianggap sesuai untuk diimport, pihak berkuasa menjalankan ujian radiasi terperinci di tapak.
"Walaupun jumlah sinaran minimum yang dikesan akan mengakibatkan pengharaman serta-merta ke atas produk," tambah Park.
Sebagai sebahagian daripada pemeriksaan rutin, kerajaan menjalankan penilaian ke atas 55,548 kes makanan laut di peringkat pengeluaran tahun ini dan kesemuanya tidak menunjukkan sebarang kesan sinaran.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2023

Pihak berkuasa makanan dan dadah memberi jaminan akan memeriksa dengan teliti dokumen asal kesemua makanan laut yang diimport dari luar negara, termasuk dari Fukushima. - Gambar fail/ Reuters
Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.
Automotif Thailand terhimpit akibat polisi Trump
Industri automotif Thailand berdepan rintangan jika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meneruskan rancangan untuk mengenakan tarif ke atas import kereta.
![[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan [KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735690196_TBmediasosial.jpg)
[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan
Ketagihan media sosial berkait dengan mekanisme ganjaran dopamine, menyebabkan pengguna menghabiskan masa berjam-jam dalam dunia maya.
KKM sambut baik larangan jual gula-gula bentuk vape di sekolah
Menteri Kesihatan menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi larangan penjualan rokok gula-gula berbentuk peranti vape dan rokok di dalam kawasan sekolah.
[TERKINI] KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
KPDN akan menggunakan kepakaran teknologi Pencapjarian DNA beras oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk analisis sampel beras beras putih import (BPI) dengan beras putih tempatan (BPT).
Insiden di Golok bimbangkan rakyat Malaysia
Orang ramai masih takut memasuki Thailad menjejaskan peniaga Malaysia.
AWANI Ringkas: Kutipan cukai meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis siasat video tular individu pandu kereta secara berbahaya di Genting Highlands
Polis akan menjalankan operasi bersepadu di lokasi tersebut pada hujung minggu dan cuti umum.

Wear OS 5.1 dilancarkan untuk Pixel Watch
Wear OS 5.1 Dilancarkan Untuk Pixel Watch

Jepun tingkatkan bantuan perikanan tempatan kepada AS$700 juta susulan larangan import China
Kerajaan Jepun pada Selasa memutuskan untuk meningkatkan jumlah bantuan yang diberikan kepada perikanan Jepun kepada 100.7 bilion yen (AS$686 juta).

Makanan laut tempatan dihidang di kafeteria Pejabat Presiden Korea Selatan
Ia sebagai tindak balas kepada kebimbangan mengenai penurunan pengambilan makanan laut selepas Jepun melepaskan air radioaktif.

Air sisa nuklear Jepun: Malaysia pasang sistem GSWMS di perairan negara - MOSTI
Malaysia mengambil langkah segera memasang Gamma Spectrum Water Monitoring Station (GSWMS) di perairan Sabah susulan langkah Jepun melepaskan air terawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daaiichi.

Korea Selatan guna kaedah 'paling ketat' kesan radiasi dalam makanan laut Jepun
Kerajaan Korea Selatan mengguna pakai kaedah paling ketat untuk mengesan kemungkinan radiasi dalam import makanan laut dari Jepun bagi memastikan tiada kesan bahan berbahaya akan dibenarkan.

Korea Selatan umum hasil analisis pelan pelepasan air sisa loji nuklear Fukushima esok
Korea Selatan akan mengumumkan analisis mengenai rancangan pelepasan air radioaktif yang dirawat daripada loji Fukushima ke lautan pada Jumaat.

Rakyat Jepun bantah pelan pelepasan air sisa loji nuklear Fukushima
Hampir 100 penunjuk perasaan di Jepun berhimpun untuk membantah rancangan kerajaan melepaskan air sisa tercemar nuklear ke Lautan Pasifik.