Pemangku Presiden merangkap Menteri Kewangan Choi Sang-mok pada Sabtu mengarahkan pegawai supaya "segera mengisytiharkan kawasan Pocheon, yang mengalami kerosakan besar akibat pengeboman tidak disengajakan oleh Tentera Udara, sebagai kawasan bencana khas bagi memastikan pemulihan segera dan sokongan kepada penduduk."
Pada Khamis, dua jet pejuang KF-16 secara tidak sengaja menjatuhkan lapan bom MK-82 di luar kawasan latihan di Pocheon, kira-kira 40 kilometer di utara Seoul semasa latihan. Kejadian itu mengakibatkan 29 orang cedera, termasuk 15 orang awam serta merosakkan beberapa bangunan.
Pengisytiharan rasmi dijangka dibuat lewat hari ini.
-- BERNAMA
