SEOUL: Korea Selatan pada Jumaat mengenakan sekatan unilateral ke atas kumpulan penggodam Korea Utara yang dikenali sebagai Kimsuky sebagai tindak balas terhadap pelancaran roket satelit pengintip tentera di angkasa oleh Pyongyang, menurut kementerian luar.
Seoul bersama Washington juga mengeluarkan nasihat keselamatan yang memberi amaran kepada masyarakat antarabangsa mengenai aktiviti haram kumpulan itu yang didakwa terlibat dalam kecurian maklumat dan teknologi, lapor agensi berita Yonhap.
Menurut kementerian itu, Kimsuky, sebuah unit dalam Biro Am Peninjau, agensi perisikan tentera Korea Utara, dituduh mengumpul risikan daripada individu dan institusi dalam bidang diplomasi, keselamatan dan pertahanan negara, dan menyerahkannya kepada rejim Korea Utara.
Kumpulan itu juga diketahui terlibat dalam memperoleh teknologi canggih berkaitan pembangunan senjata, satelit dan teknologi angkasa di seluruh dunia yang secara langsung atau tidak langsung membantu dalam projek pembangunan satelit Korea Utara.
Tindakan Seoul itu merupakan sekatan unilateral pertama di dunia terhadap kumpulan penggodam Korea Utara. Ia juga mewakili langkah sekatan unilateral kelapan terhadap Utara sejak pentadbiran Yoon Suk Yeol bermula Mei tahun lalu.
Nasihat bersama Seoul-Washington mengenai Kimsuky itu mengandungi maklumat terperinci tentang teknik penggodaman yang digunakan oleh kumpulan itu selain mengesyorkanl langkah berjaga-jaga terhadap aktiviti yang mencurigakan itu.
Nasihat itu dikeluarkan bersama oleh Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan (NIS) Korea Selatan, Agensi Polis Kebangsaan Korea (KPNA), kementerian luar negeri, Biro Siasatan Persekutuan AS, jabatan negara dan Agensi Keselamatan Negara.
Korea Utara mengakui bahawa percubaannya untuk melancarkan satelit pengintip ketenteraan ke orbit pada Rabu pagi telah gagal, dan berjanji untuk melancarkan semula "secepat mungkin".
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 02 2023
Korea Utara mengakui bahawa percubaannya untuk melancarkan satelit pengintip ketenteraan ke orbit pada Rabu pagi telah gagal, dan berjanji untuk melancarkan semula "secepat mungkin". -Gambar fail/Reuters
Tiga lagi tebusan warga Israel dibebaskan Hamas
Perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Hamas-Israel diteruskan dengan pembebasan tiga warga Israel pada Sabtu.
Nahas Philadelphia: Enam orang disahkan berada dalam pesawat
Enam individu berada di dalam pesawat kecil yang terhempas di Philadelphia, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), selepas pada mulanya melaporkan hanya dua orang berada di dalam pesawat, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Hamas serahkan dua tebusan Israel kepada wakil ICRC - Laporan
Hamas membebaskan dua tebusan Israel, Ofer Calderon dan Yarden Bibas, dengan menyerahkan mereka kepada wakil Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).
PAUiTM dan Boustead Hotels & Resorts tandatangani Nota Kerjasama, perkukuh jaringan strategik
Persekutuan Alumni UiTM Malaysia dan Boustead Hotels & Resorts secara rasmi menandatangani Nota Kerjasama bagi memperkukuh jaringan strategik.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana - Ahmad Zahid
Kerajaan menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025.
AWANI Ringkas: Jumlah PPS di Sarawak bertambah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SPRM lakukan risikan bagi kesan sindiket penyeludupan vape yang lain
SPRM sedang giat menjalankan risikan bagi mengesan sekiranya terdapat sindiket lain yang melakukan penyeludupan rokok elektronik (vape).
[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai
Penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN melihatkan bagaimana medium filem dan sinema mampu memainkan peranan yang signifikan.
Insiden rempuhan: Suspek dikenal pasti, tiga lagi suspek diburu - Polis
Polis giat memburu tiga suspek utama yang disyaki terlibat dalam insiden rempuhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, Rabu lalu.
Hamas keluarkan senarai nama rakyat Palestin yang akan dibebaskan pada Sabtu
Kumpulan Palestin Hamas, pada Jumaat mengeluarkan senarai nama 183 tahanan Palestin di penjara Israel yang dijadualkan dibebaskan pada Sabtu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).
Korea Utara sahkan ujian peluru berpandu hipersonik jarak sederhana baharu
Peluru berpandu itu terbang sejauh kira-kira 1,500 kilometer pada kelajuan 12 kali ganda kelajuan bunyi pada hari sebelumnya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Presiden Yoon Suk Yeol 'terselamat', usul pecat ditolak
Usul memecat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.
Trump mahu jumpa, Kim Jong Un tegaskan tidak akan berlaku
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mahu bertemu dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un untuk meredakan ketegangan di Korea.
Kim Jong Un arah pengeluaran besar-besaran dron 'bunuh diri'
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dilaporkan memantau ujian sistem senjata dron 'bunuh diri' dan mengarahkan pengeluaran besar-besaran senjata itu.
Korea Utara tandatangan perjanjian kerjasama ketenteraan dengan Rusia
Korea Utara menandatangani perjanjian dengan Rusia dengan mewujudkan "perkongsian strategik yang komprehensif", dpa memetik agensi berita Pyongyang, KCNA.
Korea Utara lancar peluru berpandu jarak dekat ke arah Laut Timur
Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah Laut Timur pada pagi Selasa.
Menteri Korea Utara janji sokong penuh Rusia dalam perang di Ukraine
Menteri Luar Korea Utara Choe Son Hui berjanji untuk membantu Rusia dalam perang melawan Ukraine "sehingga hari kemenangan" semasa perbincangan dengan rakan sejawatnya Sergei Lavrov di Moscow.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.