GLASGOW: Presiden Moon Jae In pada Selasa menandatangani pakatan global bersama pemimpin dunia yang lain untuk mengurangkan pelepasan metana sebanyak 30 peratus menjelang 2030.
Sebagai penandatangan Ikrar Metana Global, Korea Selatan akan meyakinkan lebih banyak negara untuk menyertai pakatan itu dan berkongsi pengalamannya mengurangkan pelepasan gas tersebut dengan negara membangun yang lain, lapor agensi berita Yonhap.
Metana, penyumbang utama kepada pencemaran udara dan gas rumah hijau, menjadi antara keutamaan perbincangan pada sidang kemuncak iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, COP26, di Glasgow, Scotland.
Mengurangkan pelepasan metana boleh memberi kesan lebih cepat dalam memerangi pemanasan global kerana ia kekal di atmosfera untuk tempoh lebih singkat berbanding karbon dioksida, kata saintis.
Pada awal sidang kemuncak iklim PBB hari itu, Moon secara rasmi mengisytiharkan komitmen Korea Selatan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 40 peratus daripada paras 2018 menjelang 2030.
Moon juga berkata, Korea Selatan akan cuba mengurangkan pelepasan karbon di seluruh Semenanjung Korea dengan menggalakkan kempen penanaman pokok di Korea Utara.
Sasaran pengurangan Korea Selatan menunjukkan peningkatan ketara berbanding sasaran sebelum ini sebanyak 26.3 peratus.
"Ia objektif agak berani kerana menaikkan kira-kira 14 peratus daripada sasaran sebelum ini.
"Mengurangkan gas rumah hijau secara mendadak dalam masa singkat adalah tugas sangat mencabar.
"Ia bukan satu tugas mudah, tetapi Korea Selatan memutuskan sekarang adalah masanya untuk bertindak," kata Moon.
Sidang kemuncak iklim itu turut menghimpunkan lebih 100 ketua negara, termasuk Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Perdana Menteri Britain Boris Johnson.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 03 2021

Moon juga berkata, Korea Selatan akan cuba mengurangkan pelepasan karbon di seluruh Semenanjung Korea dengan menggalakkan kempen penanaman pokok di negara itu. - AP
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole

Korea Selatan gantung muat turun aplikasi DeepSeek atas kebimbangan privasi
Kerajaan Korea Selatanmenggantung sementara muat turun aplikasi kecerdasan buatan (AI) DeepSeek dari China berikutan kebimbangan mengenai privasi.

Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis
Agensi kastam Korea Selatan mengesan sejenis dadah sintetik baharu buat kali pertama menerusi bungkusan antarabangsa dari Perancis, lapor Agensi Berita Yonhap.

Bintang K-Pop G-Dragon kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun
Bintang K-Pop G-Dragon bakal memulakan jelajah dunia yang pertama dalam tempoh lapan tahun dengan dua konsert di Goyang, barat laut Seoul bulan depan, lapor agensi berita Yonhap pada Rabu.

Mahkamah Korea Selatan akan dengar permohonan batal penahanan Yoon minggu depan
Mahkamah Daerah Pusat Seoul menetapkan 20 Feb sebagai tarikh pendengaran bagi menyemak permohonan Yoon untuk membatalkan penahanannya dan membebaskannya.

Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek
Menurut beberapa sumber kementerian, akses kepada perkhidmatan itu disekat pada komputer kementerian yang disambungkan ke rangkaian luaran.

Lee Joo Sil, bintang veteran Squid Game meninggal dunia
Seorang bintang veteran Korea Selatan, Lee Joo Sil, meninggal dunia pada usia 81 tahun.

Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing
Empat daripada 10 warga asing yang melawat Korea Selatan untuk rawatan perubatan menyatakan bahawa budaya negara itu mempengaruhi keputusan mereka.

Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.

ATF 2025: Malaysia dan Korea Selatan komited perkukuh kerjasama pelancongan
Malaysia dan Korea Selatan terus mengukuhkan lagi komitmen kedua-dua negara dalam mempererat hubungan dua hala melalui pelancongan.