Kira-kira 100 pegawai dari perbandaran Pocheon dan pihak tentera memulakan pemeriksaan di kawasan yang terletak kira-kira 40 kilometer di utara Seoul, sehari selepas dua jet pejuang KF-16 milik Tentera Udara secara tidak sengaja menjatuhkan lapan bom ke kawasan terbabit ketika latihan.
Sehingga kini, 58 isi rumah melaporkan kerosakan harta benda.
Pemeriksaan keselamatan itu diketuai pegawai dari kerajaan wilayah Gyeonggi dan Kementerian Pertahanan, yang akan memeriksa pemasangan elektrik, peralatan gas dan struktur bangunan bagi memastikan ia selamat untuk didiami.
Proses pemeriksaan dijangka selesai selewat-lewatnya penghujung hari ini.
-- BERNAMA
