SEOUL: Program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara yang semakin berkembang merupakan ancaman langsung dan wujud kepada negara-negara anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), kata Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol.
Menurut Agensi Berita Yonhap, Yoon membuat kenyataan itu dalam temu bual bertulis dengan akhbar harian Indonesia Kompas sebelum lawatan ke Jakarta untuk menghadiri siri sidang kemuncak tahunan berkaitan ASEAN, menyeru kerjasama yang lebih erat dengan rantau itu untuk menangani ancaman dari Korea Utara.
Yoon akan berlepas ke Indonesia pada lewat Selasa dalam lawatan yang juga akan membawanya ke India pada hujung minggu ini untuk sidang kemuncak dengan pemimpin ekonomi utama Kumpulan 20 (G20).
"Provokasi peluru berpandu Korea Utara yang semakin meningkat dan ancaman nuklear menimbulkan risiko langsung dan wujud kepada negara-negara ASEAN," Yoon dipetik sebagai berkata.
Yoon menggesa perpaduan dalam kalangan negara-negara ASEAN untuk bertindak tegas terhadap ancaman sedemikian, dengan matlamat utama untuk mencapai denuklearisasi (pembubaran program nuklear) Korea Utara.
Yoon yang juga menekankan kepentingan keamanan dan kestabilan di rantau Indo-Pasifik, berkata ia dikaitkan secara langsung dengan keamanan dan kestabilan global.
Yoon yang berharap agar kerjasama tiga hala antara Korea Selatan, China dan Jepun kembali dilaksanakan, berkata beliau berharap kerjasama antara ASEAN dan tiga rakan dialog di Asia Timur Laut akan berkembang lebih kukuh.
Beliau juga menekankan komitmen Korea Selatan untuk memperluaskan sokongan kepada rantau ASEAN.
"Kami akan berkongsi pengalaman Korea Selatan, yang mencapai pembangunan ekonomi dalam tempoh yang singkat yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dengan negara-negara ASEAN," kata Yoon, berjanji untuk memperluaskan bantuan besar yang diperlukan rantau itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2023

Yoon menggesa perpaduan dalam kalangan negara-negara ASEAN untuk bertindak tegas terhadap ancaman dari Korea Utara. - Gambar fail/BERNAMA

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Pyongyang mahu lancar 3 lagi satelit peninjau tentera
Pelan itu antara dikemukakan dalam mesyuarat akhir tahun dipengerusikan oleh pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un.

Presiden Iran pertahan program nuklear di Perhimpunan Agung PBB
Presiden Iran Ebrahim Raisi mempertahankan program nuklear negara itu pada Perhimpunan Agung PBB di New York pada Selasa.

Korea Utara cetus ancaman langsung kepada ASEAN - Presiden Korea Selatan
Program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara merupakan ancaman langsung dan wujud kepada ASEAN.

Penuntut UM wakil tunggal Malaysia ke program Pertubuhan Penyelidikan Kajian Nuklear Eropah
Vincent Tee Ming Han merupakan wakil tunggal negara ke Program Pelajar Musim Panas Pertubuhan Penyelidikan Kajian Nuklear Eropah (CERN).

Presiden Yoon gesa perkukuh usaha banteras pembiayaan haram program nuklear, perluru berpandu Korea Utara
Penyeludupan senjata pemusnah besar-besaran boleh menimbulkan "ancaman serius" kepada keamanan antarabangsa, tegas Yoon.

Pakistan nafi spekulasi mengenai program nuklear
Spekulasi bahawa Amerika Syarikat mahu menyekat program nuklear dan peluru berpandu Pakistan bukanlah perkara baharu.

Palestin gesa Israel hentikan program nuklear
Penting bagi Israel untuk mematuhi peraturan undang-undang antarabangsa yang berkaitan.

Trump batalkan persidangan dengan Korea Utara
Trump berkata keputusan itu dibuat kerana beliau merasakan Jong-Un meluahkan kemarahan yang melampau dalam kenyataan yang dibuat baru-baru ini.

Trump yakin mahu berjumpa Kim Jong-Un untuk hentikan program nuklear
Donald Trump sekali lagi meraih perhatian dalam kempen politik dengan kenyataannya yang mahu menjuarai isu nuklear antarabangsa termasuk bertemu Kim Jong-Un.

Pyongyang mahu berunding dengan AS
Korea Utara mencadangkan rundingan peringkat tertinggi dengan Amerika Syarikat bagi membincangkan isu program nuklearnya.