SEOUL: Korea Utara yang menerima kecaman susulan pelancaran peluru berpandu balistiknya, menegaskan langkah itu bertujuan "mempertahankan diri dan dilakukan secara berkala", lapor Agensi Berita Yonhap.
Pentadbiran Penerbangan Kebangsaan (NAA) Korea Utara dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan ujian peluru berpandu itu sebagai langkah mempertahankan keselamatan negara dan keamanan serantau daripada ancaman tentera asing.
Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), sebuah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB yang mengendalikan hal ehwal berkaitan navigasi udara antarabangsa, menyifatkan pelancaran peluru berpandu balistik milik Korea Utara secara berterusan di atau berhampiran laluan udara antarabangsa tanpa notis awal sebagai ancaman serius kepada keselamatan penerbangan awam.
Korea Utara mendakwa ujian peluru berpandunya tidak menimbulkan sebarang ancaman atau berbahaya kepada keselamatan penerbangan awam atau negara jiran.
Tindakan Korea Utara itu telah meningkatkan ketegangan di semenanjung Korea susulan beberapa ujian senjata, termasuk pelancaran peluru berpandu balistik jarak sederhana pada Selasa.
Ujian peluru berpandu Pyongyang dilihat sebagai protes terhadap latihan ketenteraan bersama oleh Korea Selatan dan Amerika Syarikat kerana rejim Kim Jong Un menganggapnya sebagai latihan untuk pencerobohan.
Pihak sekutu mengadakan latihan gabungan ketenteraan tahunan berskala besar dari akhir Ogos hingga awal September.
Mereka juga mengadakan latihan tentera laut bersama melibatkan kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear, USS Ronald Reagan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 08 2022
Korea Utara mendakwa ujian peluru berpandunya tidak menimbulkan sebarang ancaman atau berbahaya kepada keselamatan penerbangan awam atau negara jiran.- REUTERS
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
AWANI Ringkas: Pertumbuhan ekonomi, potensi rantau ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.
Ibu bapa Zayn Rayyan mohon dibebaskan serta-merta
Pasangan berusia 30 tahun itu memohon agar dibebaskan serta-merta daripada satu pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata operasi yang bermula 7.15 malam itu dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdasarkan aduan orang awam serta risikan.
Korea Utara sahkan ujian peluru berpandu hipersonik jarak sederhana baharu
Peluru berpandu itu terbang sejauh kira-kira 1,500 kilometer pada kelajuan 12 kali ganda kelajuan bunyi pada hari sebelumnya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Presiden Yoon Suk Yeol 'terselamat', usul pecat ditolak
Usul memecat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.
Trump mahu jumpa, Kim Jong Un tegaskan tidak akan berlaku
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mahu bertemu dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un untuk meredakan ketegangan di Korea.
Kim Jong Un arah pengeluaran besar-besaran dron 'bunuh diri'
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dilaporkan memantau ujian sistem senjata dron 'bunuh diri' dan mengarahkan pengeluaran besar-besaran senjata itu.
Korea Utara tandatangan perjanjian kerjasama ketenteraan dengan Rusia
Korea Utara menandatangani perjanjian dengan Rusia dengan mewujudkan "perkongsian strategik yang komprehensif", dpa memetik agensi berita Pyongyang, KCNA.
Korea Utara lancar peluru berpandu jarak dekat ke arah Laut Timur
Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah Laut Timur pada pagi Selasa.
Menteri Korea Utara janji sokong penuh Rusia dalam perang di Ukraine
Menteri Luar Korea Utara Choe Son Hui berjanji untuk membantu Rusia dalam perang melawan Ukraine "sehingga hari kemenangan" semasa perbincangan dengan rakan sejawatnya Sergei Lavrov di Moscow.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.