SEOUL: Korea Utara pada Sabtu berkata ia telah melancarkan peluru berpandu balistik taktikal yang dilengkapi dengan sistem navigasi "autonomi" baharu dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan senjatanya.
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menyelia ujian senjata itu pada Jumaat, lapor Agensi Berita Yonhap, memetik Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).
Laporan itu tidak mendedahkan butiran lanjut, seperti berapa banyak peluru berpandu yang dilancarkan.
"Ketepatan dan kebolehpercayaan sistem navigasi autonomi telah disahkan melalui ujian pelancaran ini," menurut laporan itu.
Tentera Korea Selatan pada Jumaat berkata pihaknya mengesan pelancaran beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat dari bandar pantai timur Wonsan oleh Korea Utara.
Peluru berpandu berkenaan terbang sejauh kira-kira 300 kilometer dan jatuh di Laut Timur, menurut Ketua Turus Bersama.
Seorang penyelidik kanan di Forum Pertahanan dan Keselamatan Korea, Shin Jong-woo dilaporkan sebagai berkata pelancaran terbaru itu menandakan peningkatan jarak untuk senjata berpandu taktikal Korea Utara yang sebelum ini diketahui mempunyai jarak 100 hingga 110 kilometer.
Memandangkan jarak penerbangan misil sekitar 300 kilometer, Korea Utara mungkin telah menguji peluru berpandu itu dengan mengambil kira kemudahan ketenteraan utama di Korea Selatan.
Jarak langsung antara Pyongyang dan ibu pejabat ketenteraan Gyeryongdae di Korea Selatan dianggarkan sejauh kira-kira 330 kilometer, menurut Yonhap.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 18 2024
Tentera Korea Selatan pada Jumaat berkata pihaknya mengesan pelancaran beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat dari bandar pantai timur Wonsan oleh Korea Utara. - Gambar/ Reuters
Lebih seribu penduduk ditempatkan di dua PPS di Pitas
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus menunjukkan peningkatan dengan lebih seribu mangsa terjejas di dua daerah dengan Pitas paling teruk terjejas.
Terbuka India: Dua wakil negara kandas di separuh akhir
Hasrat beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie untuk melangkah ke peringkat akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2025 tidak kesampaian.
Operasi memburu penyerang Saif Ali Khan masuk hari ketiga
Rakaman CCTV memaparkan kelibat suspek , sedang membeli sebuah telefon bimbit sekitar jam 9 pagi, kira-kira enam jam selepas kejadian.
Malaysia sasar daftar 5,000 syarikat permula tahun ini - Chang
Malaysia menyasarkan untuk mendaftar 5,000 syarikat permula baharu menjelang pada tahun ini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia
Skuad hoki dalam dewan lelaki berdepan tugas getir pada penampilan sulung Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia, dari 3 hingga 9 Februari depan.
Nigeria sertai BRICS sebagai negara rakan - Kementerian Luar Brazil
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan, menurut kenyataan Kementerian Luar Brazil.
Fokus Minggu Depan: ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau
Bersama Siti Nuraqila Omar membincangkan tentang ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
JIM Terengganu tahan 15 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 15 pendatang tanpa izin dalam Operasi Sapu dan Selera di sekitar tapak pembinaan kawasan industri Kertih, Kemaman semalam.
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Korea Utara sahkan ujian peluru berpandu hipersonik jarak sederhana baharu
Peluru berpandu itu terbang sejauh kira-kira 1,500 kilometer pada kelajuan 12 kali ganda kelajuan bunyi pada hari sebelumnya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Presiden Yoon Suk Yeol 'terselamat', usul pecat ditolak
Usul memecat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.
Trump mahu jumpa, Kim Jong Un tegaskan tidak akan berlaku
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mahu bertemu dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un untuk meredakan ketegangan di Korea.
Kim Jong Un arah pengeluaran besar-besaran dron 'bunuh diri'
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dilaporkan memantau ujian sistem senjata dron 'bunuh diri' dan mengarahkan pengeluaran besar-besaran senjata itu.
Korea Utara tandatangan perjanjian kerjasama ketenteraan dengan Rusia
Korea Utara menandatangani perjanjian dengan Rusia dengan mewujudkan "perkongsian strategik yang komprehensif", dpa memetik agensi berita Pyongyang, KCNA.
Korea Utara lancar peluru berpandu jarak dekat ke arah Laut Timur
Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah Laut Timur pada pagi Selasa.
Menteri Korea Utara janji sokong penuh Rusia dalam perang di Ukraine
Menteri Luar Korea Utara Choe Son Hui berjanji untuk membantu Rusia dalam perang melawan Ukraine "sehingga hari kemenangan" semasa perbincangan dengan rakan sejawatnya Sergei Lavrov di Moscow.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.