Bagaimanapun, keadaan sedemikian menyebabkan banyak keluarga terpaksa tidur dalam suhu sejuk beku sementara menunggu koridor berkenaan dibuka.
Pegawai Palestin berkata seramai 650,000 orang yang kehilangan tempat tinggal sedang menunggu untuk kembali ke utara bermula Isnin di bawah perjanjian gencatan senjata.
Netzarim ialah koridor yang dibersihkan Israel semasa perang yang menghalang pergerakan bebas Palestin antara utara dan selatan Gaza.
Di bawah perjanjian yang diusahakan dengan pengantara Mesir dan Qatar serta disokong oleh Amerika Syarikat (AS), Israel membenarkan penduduk Palestin yang dipindahkan dari utara pulang ke rumah mereka.
Tetapi Israel berkata bahawa kegagalan Hamas untuk menyerahkan senarai memperincikan senarai tebusan yang masih hidup untuk dibebaskan bermakna mereka telah melanggar perjanjian.
Susulan itu, pusat pemeriksaan di tengah Gaza tidak akan dibuka untuk membenarkan lintasan ke utara.
Bagaimanapun, Hamas menyalahkan Israel ke atas kelewatan itu.