NEW DELHI: Pakistan semakin terjerumus ke dalam pergolakan politik apabila bekas perdana menteri Imran Khan ditahan polis pada Rabu dengan protes berterusan berlaku di seluruh negara.
Berpuluh-puluh pemimpin dan anggota parti Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakistan, ditahan dalam serbuan polis di seluruh negara ketika kerajaan cuba mengawal kemarahan orang ramai terhadap penahanan pemimpin popular itu.
Mereka yang ditahan termasuk setiausaha agung PTI Asad Umar dan bekas gabenor wilayah Punjab Omar Sarfaraz Cheema.
Asad ditahan di premis Mahkamah Tinggi Islamabad.
Bekas timbalan speaker Dewan Negara Qasim Khan Suri berkata polis menyerbu rumahnya dan isterinya turut ditahan semasa protes di Islamabad pada Selasa.
Tentera Pakistan dikerahkan ke wilayah Punjab yang dihuni kira-kira separuh daripada 230 juta penduduk negara itu ekoran keadaan undang-undang dan ketenteraman yang semakin merosot, lapor saluran televisyen Pakistan.
Imran dipindahkan ke ibu pejabat Police Lines Islamabad pada pagi Rabu untuk perbicaraan kes rasuah.
Pemimpin kanan PTI mengutuk penahanan ahli politik berusia 70 tahun itu dan menyifatkannya sebagai tahanan secara haram kerana dendam politik.
Protes terbaru dianjurkan di bandar utama seperti Islamabad, Lahore, Karachi, Rawalpindi, Peshawar dan Multan.
Menurut laporan yang belum disahkan terdapat kematian dan kecederaan semasa protes dalam tempoh 24 jam lepas.
Kebangkitan semula bekas wira kriket itu dalam politik dilihat sebagai ancaman kepada kelangsungan Parti Rakyat Pakistan (PPP) yang dikuasai oleh keluarga bekas presiden Asif Ali Zardari dan Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) bekas perdana menteri Nawaz Sharif.
Menteri Dalam Negeri Rana Sanaullah, yang rapat dengan keluarga Sharif, dalam satu wawancara media baru-baru ini menggelar Imran sebagai "musuh" dan mengakui cabaran politik daripada Imran sangat serius.
Parti Imran membidas kenyataan itu dan menyifatkannya sebagai "mengapi-apikan".
Ekoran penahanan Imran, persekitaran politik Pakistan kini menjadi semakin buruk.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2023

Pakistan semakin terjerumus ke dalam pergolakan politik apabila bekas perdana menteri Imran Khan ditahan polis pada Rabu dengan protes berterusan berlaku di seluruh negara. - Gambar fail/AP

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.

China lanjutkan pinjaman AS$2 bilion kepada Pakistan selama setahun lagi
Pinjaman tersebut sepatutnya dibayar semula pada 24 Mac, tetapi China setuju tangguhkannya bagi menyokong kestabilan ekonomi dan usaha pemulihan Pakistan.

PM Palestin bincang tamatkan pencerobohan Israel dengan Pakistan, Turkiye, Mesir
Perdana Palestin berbincang dengan menteri luar Mesir, Pakistan dan Turkiye untuk menyelaraskan usaha menamatkan pencerobohan Israel di Gaza dan Tebing Barat.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Malaysia sasar jadikan Pakistan hab minyak sawit serantau bagi Asia Tengah - MPOB
Ia sejajar dengan peningkatan permintaan dalam sektor makanan Pakistan, sekali gus memberi peluang besar bagi produk minyak sawit Malaysia.

Seorang pekerja maut, 11 terperangkap dalam lombong arang batu runtuh di Pakistan
Letupan itu berlaku ketika lebih 12 pekerja sedang menggali arang batu di kawasan Sanjidi, Quetta, ibu kota Balochistan.

Johari Ghani mulakan lawatan rasmi ke Pakistan, hadiri PEOC
Menteri Perladangan dan Komoditi akan memulakan lawatan rasmi ke Pakistan hari ini untuk merasmikan Persidangan Minyak Makan Pakistan (PEOC) di Karachi.

Beras putih import: BERNAS beri respon kenyataan Syed Abu Hussin
BERNAS berkata Pakistan adalah salah satu negara utama pembekal beras import kepada BERNAS sejak sekian lama.

Cadangan import beras dari Pakistan dibawa kepada Bernas - Syed Abu Hussin
Cadangan itu telah disuarakan kepada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) selaku pengimport tunggal beras di negara ini.

Bekas PM India Manmohan Singh promosi keamanan serantau, kata Pakistan
Singh dipuji kerana membuka ekonomi India pada 1991 ketika memegang jawatan Menteri Kewangan semasa krisis pertukaran asing.

Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.