COLOMBO: Krisis ekonomi Sri Lanka yang berterusan memaksa rakyatnya beratur panjang untuk mendapatkan barangan keperluan asas seperti bahan api, gas memasak, makanan dan ubat-ubatan.
Situasi itu diburukkan lagi apabila kebanyakan barangan diimport dari luar negara dan negara itu pula diambang muflis.
Negara pulau Lautan Hindi itu telah menggantung pembayaran balik pinjaman asingnya sementara menunggu rundingan mengenai pakej penyelamatan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa.
Negara itu perlu membayar balik hutang asing sebanyak AS$7 bilion tahun ini daripada AS$25 bilion yang perlu dibayar menjelang 2026 dengan jumlah hutang asingnya mencecah AS$51 bilion dolar.
Kementerian Kewangan Sri Lanka berkata, negara itu ketika ini hanya mempunyai AS$25 juta dalam rizab asing yang boleh digunakan.
Kekurangan mata wang tegar juga telah menghalang import bahan mentah untuk pembuatan dan memburukkan inflasi, yang melonjak kepada 18.7 peratus pada bulan Mac.
Pada Sabtu, Presiden Sri Lanka mengangkat sumpah bersama empat menteri kabinet baharu dalam usaha memastikan kestabilan sehingga kabinet penuh dibentuk.
Pelantikan empat menteri dibuat dua hari selepas Presiden Gotabaya Rajapaksa melantik semula bekas Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe.
Ia selepas abang Presiden, Mahinda Rajapaksa meletak jawatan berikutan serangan ganas oleh penyokongnya terhadap penunjuk perasaan antikerajaan.
BACA: PM Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa letak jawatan
Peletakan jawatannya secara automatik membubarkan kabinet, meninggalkan kekosongan pentadbiran.
Astro Awani
Sun May 15 2022

Seorang wanita warga emas dilihat beratur di hadapan sebuah balai polis bagi mendapatkan gas memasak. - Foto AP

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Jualan Rahmah bantu golongan kurang mampu
Penduduk tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan dengan harga lebih murah daripada harga biasa untuk keperluan keluarga.

Isu minyak masak peket: Kerajaan segera bertindak
Tinjauan mendapati terdapat peniaga secara dalam talian menjana pendapatan lumayan apabila memanipulasi harga minyak masak peket bersubsidi.

Krisis Sri Lanka: Rakyat beratur dapatkan barang keperluan harian
Rakyat terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan barangan keperluan asas seperti bahan api, gas memasak, makanan dan ubat-ubatan.

Kerajaan peruntuk RM200 juta laksana Program Penyeragaman Harga tahun ini
Enam negeri terlibat pelaksanaan Program Penyeragaman Harga ialah Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang.

PKPD: Jangan panik, bekalan barang keperluan mencukupi
Jaminan itu diberikan pihak KPDNHEP Perak selepas mereka membuat pemeriksaan dan pemantauan.

MAFI ambil langkah stabilkan harga barangan asas pada musim perayaan
MAFI mengambil beberapa langkah untuk menstabilkan harga barangan keperluan asas sepanjang musim perayaan Aidilfitri.

Bekalan barangan asas cukup hingga Aidilfitri - BRO
BRO akan memastikan semua bekalan berkenaan tidak akan terputus terutamanya menjelang bulan Ramadan dan Aidilfitri kelak.